Walaupun setelah berbagai helah, khianat, dusta dan penindasan dilakukan oleh pemerintah haram regim zalim Umno/BN terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, malangnya mereka masih gagal menyekat sokongan rakyat marhean terhadap pemimpin PKR yang berjuang mengangkat martabat serta maruah negara itu.
Pemimpin regim zalim Umno/BN jelas tewas dalam membalas hujah politik baik di dalam Parlimen maupun di khalayak ramai apabila berdepan dengan tokoh pemimpin yang juga pemikir Islam, sdra Anwar Ibrahim.
Justeru perasaan dendam, dengki, khianat dan gelojoh yang membusong dalam diri hampir kesemua pemimpin Umno/BN, mereka sekali lagi merangka agenda jijik untuk memencilkan pengaruh Anwar Ibrahim.
Umno/BN benar-benar merasai kebangkitan rakyat menolak regim zalim mereka. Setelah percubaan mereka membodohkan rakyat dengan pendakwaan fitnah liwat semakin jelas tidak diterima oleh rakyat, Umno cuba menyekat kebebasan Anwar untuk ke luar negara.
Adalah amat tidak mustahil, beberapa agenda dan muslihat jahat akan terus dilakukan oleh regim haram Umno/BN semata-mata bagi memastikan pengaruh Anwar Ibrahim disekat. Matlamat akhir Umno adalah memenjarakan Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum ke 13!- Sumber
Berita Berkaitan:
-Liwat II: Anwar mohon hakim undur diri
0 Ulasan :
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih