Rayuan DSAI ditolak ~ Pro Pas Blog

24 November 2010

Home » , » Rayuan DSAI ditolak

Rayuan DSAI ditolak

Bookmark and Share

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan yang dikemukakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar satu keputusan mahkamah yang dibuat dalam bahasa Inggeris pada tahun 2006.

Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri. Menurut beliau mahkamah mempunyai kuasa yang luas sama ada untuk mengemukakan keputusan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000.

Keputuan ini dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Peguam Anwar juga dikatakan tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ia menjadi cacat.

Anwar telah menyaman fitnah matan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam. -Malaysiakini


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih