GALAS Rasmi: BN 5324, PAS 4134, majoriti 1190.
Undi Pengundi Cina merosot
DAP mengakui bahawa kempen 1Malaysia oleh Barisan Nasional (BN) berjaya membantu BN merampas DUN Galas dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Pengarah Pilihanraya DAP, Thomas Su berkata pilihan raya kecil hari ini juga menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.
Di tiga kawasan majoriti pengundi Cina - Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama - di mana Pakatan memperolehi sejumlah 1,784 undi pada 2008, hari ini merosot kepada 1,578 undi.
Ia menunjukkan kemerosotan sebanyak 206 undi atau 4.92 peratus, termasuk dua hingga tiga peratus undi pengundi Cina.
Bercakap dalam satu sidang akhbar malam ini, beliau berkata, walaupun undi untuk Pakatan meningkat 9 peratus di Pulai, tetapi BN berjaya menambah undi dengan jumlah yang lebih besar.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad mendapat 4,108 undi dan tewas dengan majoriti 1,069 undi kepada calon BN, Abdul Aziz Yusof yang mendapat 5,117 undi.
1 Ulasan :
Salam tuan,
mohon link blog saya di sini
http://pemantau-thirdforces.blogspot.com/
tkasih.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih