Rosmah pengacau pemerintahan dan beban negara ~ Pro Pas Blog

21 November 2010

Home » , , , » Rosmah pengacau pemerintahan dan beban negara

Rosmah pengacau pemerintahan dan beban negara

Bookmark and Share

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau akan memohon tempat di Asian University for Women, di Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.

"InsyaAllah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women. "Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, Sabtu.

Sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran dengan membuat kenyataan yang langssung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri PM.

Kalaulah dia pandai dan sekolah tinggi sikit kenyataan apapun yang melibatkan apa saja kementerian boleh diKeluarkan walaupun masih nampak jangalnya dengan cuma berlapikkan akan usahakan melalui kementerian yang berkaitan, dalam soal penghantaran pelajar dia boleh berlapik dengan katanya akan berusaha melalui Kementerian Pelajaran.

Mana ada urusan hantar pelajar yang boleh diselesaikan tanpa ada campurtangan dari kerajaan dan dalam hal ini kementerian yang berkaitan ialah Kementerian Pelajaran.

Sebelum ini Rosmah dilihat beria-ia sangat dengan mendakwa dirinya wanita pertama negara sehinggalah dianjurkan persidangan wanita pertama dengan membelakangi Raja Permaisuri Agong sebagai wanita pertama yang sebenarnya.

Selain itu tanpa ada kementerian "Permata" Rosmah mendapat peruntukan khusus sebanyak RM 111 juta, satu jumlah yang besar walaupun hanya untuk pra sekolah yang belum nampak hala tujunya.

Demikianlah Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri PM yang paling hebat dan berkuasa. Kerana itu tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengajau kepada pemerintahan negara yang kita sayangi ini. -Drs. Khalil Idham Lim


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih