TUMPAT - Kewujudan sebuah pondok berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang bersebelahan sebuah masjid dekat sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan sejak dua bulan lalu.
Pondok tersebut yang berukuran panjang tiga meter dan lebar dua meter dengan lantai jubin serta beratapkan daun nipah dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan.
Penduduk mendakwa pondok tersebut dibina oleh dua lelaki termasuk seorang penduduk tempatan yang mengaku bomoh.
Malah seorang bomoh terbabit baru berusia 18 tahun.
Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati dua payung berwarna kuning dipacak di atas kubur yang ditabur dengan pelbagai jenis bunga.-Kosmo
0 Ulasan :
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih