Perkasa bantah lagi. ~ Pro Pas Blog

11 November 2010

Home » , » Perkasa bantah lagi.

Perkasa bantah lagi.

Bookmark and Share

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membantah tindakan kerajaan menggantung tugas seorang pengetua di Kulai Jaya, Johor dan timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbaur rasis.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali katak
Sehubungan itu, naib presiden PERKASA, Dr Zubir Harun mendesak kerajaan supaya mengkaji semula tindakan tersebut.

"Yang membuat keptusan adalah ahli jawatankuasa displin dan ia lebih kepada keputusan pentadbiran atau pengurusan.

"(Mereka) bukan diadili di mahkamah, (mereka) tidak diadili melalui satu proses undang-undang yang sebenarnya," kata Dr Zubir dalam satu sidang akhbar di ibunegara petang ini.

Dalam sidang akhbar itu juga, timbalan presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar mendesak peguam negara supaya mengambil tindakan terhadap Malaysiakini kerana didakwa menghina sultan-sultan Melayu apabila mendakwa bahawa mereka berada di bawah telunjuk Umno.

Beliau merujuk kepada segmen suara pembaca dalam Malaysiakini - Your Say - yang bertajuk "The Day Ibrahim Ali's mouth goes numb" yang disiarkan pada bertarikh 14 oktober lalu.

Sementara itu, ketua wira perkasa Arman Azha Abu Hanifah pula berkata pihaknya akan mengadakan rundingan meja bulan dengan NGO, tokoh agama dan wakil majlis agama Islam berhubung cadangan kerajaan mahu menjadikan Malaysia hab hiburan.

Sebelum ini, PERKASA membantah cadangan kerajaan itu yang membabitkan penubuhan beberapa kelab malam, menganjurkan konsert dan zon hiburan di lima negeri.

Menurutnya, rundingan itu akan dibuat selepas Hari Raya Haji.

"Kita akan mendapatkan pandangan akar umbi Melayu, dari ulama dan Majlis Agama Islam.

"Apabila mendapat kata putus, kita akan bertemu dengan kerajaan," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar tersebut.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih