Media putar belik isu di Kelantan ~ Pro Pas Blog

11 November 2010

Home » , » Media putar belik isu di Kelantan

Media putar belik isu di Kelantan

Bookmark and Share



Media didakwa tidak lapor tepat isu di Kelantan


KOTA BAHARU - Seorang anggota exco kerajaan Pas Kelantan hari ini menyalahkan media arus perdana yang kononnya tidak memberikan laporan tepat terhadap beberapa isu termasuk perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, disebabkan laporan berat sebelah itu kerajaan negeri terpaksa bergantung kepada laporan oleh Urusetia Penerangan Negeri.

"Sepatutnya peranan media ini sebagai media rakyat yang menyampaikan setiap dasar dan kebajikan yang dibuat tetapi kita tidak diberi peluang malah mereka (media) menyebar fitnah dan menyerang kerajaan negeri daripada segenap sudut.

"Apa yang baik daripada Kelantan diputar belitkan tetapi kalau buruk, seperti pelacuran, disebarkan," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Mohd Fadzli berkata, kerajaan negeri akan memperkasakan peranan Urusetia Penerangan Negeri sebagai alternatif untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat. 

Katanya kerajaan negeri juga mungkin memohon lesen daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk stesen televisyen dan radio sendiri. 

Mohd Fadzli juga berkata, kerajaan negeri bercadang memberikan i-Pad kepada kesemua 45 anggota DUN termasuk daripada Barisan Nasional bagi membolehkan mereka mendapatkan maklumat daripada Internet dengan mudah.

Kejayaan Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 30 Okt lepas turut mendapat perhatian dewan apabila Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa membidas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
yang disifatkan sengaja menjadikan kemenangan itu sebagai modal politik.

"Ini kemenangan seluruh rakyat Kelantan tetapi janganlah dipolitikkan sukan ini sehingga ke Galas dan ke seluruh negeri," katanya.

Dewan kemudiannya meluluskan bajet 2011 itu dan kemudiannya menangguhkan persidangan ke satu tarikh lain.

Bajet Kelantan tahun depan dijangka mengalami defisit RM53.24 juta, dengan perbelanjaan mengurusnya dianggar berjumlah RM464.13 juta berbanding anggaran hasil RM410.89 juta. -Sinar Harian


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih