Mayat lelaki ditemui berulat di tepi kolam ~ Pro Pas Blog

23 November 2010

Home » » Mayat lelaki ditemui berulat di tepi kolam

Mayat lelaki ditemui berulat di tepi kolam

Bookmark and Share

KUANTAN - Mayat seorang lelaki, dipercayai mati dibunuh, ditemui dalam keadaan berulat di tepi sebuah kolam di Kampung Sungai Ruan, Raub petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata, mayat tanpa sebarang identiti itu dijumpai lengkap berpakaian oleh penduduk kampung berkenaan kira-kira pukul 5.45 petang.

"Kita percaya mangsa dibunuh berdasarkan daripada beberapa kesan tikaman di bahagian leher dan dada serta cedera di bahagian anggota badan lain.

"Warga tempatan berkenaan dipercayai seorang penagih dadah berikutan penemuan peralatan menghisap dadah di sisi mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Haris berkata, hasil bedah siasat mendapati lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an meninggal dunia sejak lima hari lepas akibat tikaman dengan objek tajam. 

Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.-SH


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih