Iklan cium dan romen oleh Air Asia ~ Pro Pas Blog

23 November 2010

Home » » Iklan cium dan romen oleh Air Asia

Iklan cium dan romen oleh Air Asia

Bookmark and Share


Iklan Promosi Penerbangan Air Asia ke Paris menyinggung perasaan ummat Islam





Air Asia kini menjadi sebuah penerbangan yang popular dalam negara kita dengan cogankatanya "every one can fly". Kini penerbangannya telah meluas ke serata dunia. Terkini saya terlihat iklan Air Asia ke Paris di dalam laman web rasminya dan saya agak terkilan melihat bentuk iklan yang mengghairahkan digunakan untuk promosi penerbangannya ke Paris. Apakah tiada gambar dan pemandangan yang lain di Paris untuk menarik pelancong atau penumpang menggunakan Air Asia ke sana ? Saya harap pihak Air Asia perlu juga peka dengan suasana hari ini agar tidak turut sama menyumbang kepada keruntuhan moral sementelah pula gambar yang digunakan itu sangat tidak sesuai dengan tatasusila dan kesopanan kita masyarakat timur . Gantilah gambar tersebut dengan gambar yang lebih meraikan semua pihak yang rata - ratanya adalah penumpang dan pelanggan Air Asia .


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih