Malaysia vs China Sukan Asia 2010 : 3 Kad Merah 3-0 ~ Pro Pas Blog

13 November 2010

Home » , , » Malaysia vs China Sukan Asia 2010 : 3 Kad Merah 3-0

Malaysia vs China Sukan Asia 2010 : 3 Kad Merah 3-0

Bookmark and Share











Keputusan Bola Sepak Malaysia vs China Sukan Asia Guangzhou

Malaysia 0 China 3

Sedih Gak la aku tengok game ni tadi sampai 3 orang pemain Malaysia kena kad merah.Pengadil ni nak suruh Malaysia Main Futsal ka 8 sebelah..huhu..

Pemain Malaysia yang pertama kena kad merah ialah Mahali Jazuli.Beliau kena kad merah selepas mengutip kad kuning kedua.

PemainMalaysia yang kedua kena kad merah ialah Safiq Rahim. Beliau kena kad Merah terus..Tanpa kena kad kuning pun..Beliau kena sebab bantah keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada Mahali Jazuli.

Pemain Malaysia yang ketiga kena Kad Merah pulak ialah S.Kunalan .pastu bagi penalti kat China..Kononnya S.Kunalan bagi jatuh pemain China tu.

Aku tengok macam tak patut je Pengadil bagi kad merah/Penalti kepada China masa tu..Walaupun pengadil tu Profesional..Bagi aku beliau seolah-olah berat sebelah..

Sampai 3 orang kena kad Merah,Macam mana K.Rajagopal nak guna strategi beliau..

China memperoleh gol pertama melalui satu tandukan lambung, gol kedua melalui sepakan percuma dan ketiga melalui penalti

Walaupun Malaysia kalah,Malaysia masih lagi ada peluang untukke pusingan seterusnya dalam acara bola sepak ni dengan bermain dalam perlawanan Play Off.

Iaitu pasukan di tempat ketiga setiap kumpulan akan bermain satu lagi perlawanan untuk merebut tempat ke pusingan seterusnya..



0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih