Khir Toyo kena denggi PR juga disalahkan ~ Pro Pas Blog

10 November 2010

Home » , , » Khir Toyo kena denggi PR juga disalahkan

Khir Toyo kena denggi PR juga disalahkan

Bookmark and Share

Bekas Menteri Besar Selangor yang dimasukkan ke hospital disyakki kerana denggi. Negeri Selangor ni sejak dulu lagi dengar cerita ramai orang kena Denggi terutama area seksyen 7. Harap Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah sewajarnya untuk memerangi nyamuk!

Sebelum dewan negeri senyap sunyi tanpa pembangkang akibat masuk hospital semua kerana denggi.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di Shah Alam pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.

ADUN Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira jam 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata, beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.

"Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.

"Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad,” kata beliau.- Bernama


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih