UMNO ambik kesempatan ~ Pro Pas Blog

13 November 2010

Home » , , » UMNO ambik kesempatan

UMNO ambik kesempatan

Bookmark and Share



BUKIT MERTAJAM, 13 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas Umno Barisan Nasional (BN) khususnya dalam isu sumbangan yang diberikan oleh mereka bagi membantu sebahagian besar rakyat yang ditimpa musibah atau bencana dalam negara.

Menurutnya, sudah menjadi amalan Umno dan BN memanipulasikan apa jua sumbangan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat (PR) supaya diberikan imej buruk dengan pelbagai dakwaan yang bersifat prejudis.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa anjuran PAS Kawasan Bukit Mertajam dan cawangan Cherok Tok Kun di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, kelmarin.

Mengulas isu sumbangan kepada mangsa banjir di Kedah, beliau menyifatkan kepimpinan Umno dan BN yang turun padang adalah tidak telus jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

"Sebelum mereka sampai dari Kuala Lumpur ke Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena atau Padang Terap yang dilanda banjir besar, kita sudah pun meredah air banjir. Walaupun kita turun padang dini hari mereka tidak beri liputan yang adil.

"Media arus perdana yang mengamalkan diskriminasi sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Mereka mengambil kesempatan di atas kesusahan dan musibah yang menimpa rakyat untuk raih sokongan.

"Amalan tidak telus Umno BN inilah yang menyebabkan mereka akan tersungkur sekali lagi dalam pilihan raya yang akan datang apabila rakyat sedar politik murahan yang sedang diamalkan mereka tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan Umno BN tidak bijak dalam menangani masalah membantu mangsa banjir yang terlibat di Kedah baru-baru ini.

Dalam pada itu katanya, pemimpin Umno BN hanya datang ke pusat penempatan banjir setelah mangsa dipindahkan dan berada dalam keadaan baik sedangkan kepimpinan kerajaan negeri meredah air banjir sehingga basah kuyup.

"Media Umno BN tak berani dedahkan perkara sebenar apa yang telah kerajaan negeri lakukan. Memang mereka tak berani beri publisiti kerana takut sekiranya rakyat tahu kerajaan negeri turun padang sebelum mereka dari pusat sampai, sebab itulah saya nyatakan Umno BN mengamalkan politik murahan yang tidak bermoral dalam menangani musibah yang menimpa rakyat. Mereka ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain bagi menjadikan ia sebagai kredit," tegasnya lagi


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih