Dun Galas: Perjelasan Tuan Guru mengenai isu tanah ~ Pro Pas Blog

02 November 2010

Home » , , » Dun Galas: Perjelasan Tuan Guru mengenai isu tanah

Dun Galas: Perjelasan Tuan Guru mengenai isu tanah

Bookmark and Share








GUA MUSANG, 2 Nov: Bekas Ketua Jajahan Gua Musang, Abdullah Md Yusoff berkata, sebanyak 12,000 permohonan tanah diluluskan membabitkan 10 mukim di Dun Galas.

“Saya sebagai orang yang bertanggungjawab mengenai masalah permohonan tanah rakyat di Gua Musang tentulah terkilan sangat apabila ada pihak mendakwa kerajaan negeri tidak meluluskan tanah kepada rakyat.

“Apa pula kerja saya kalau perkara itu tidak dapat diselesaikan. Dakwaan liar sesetengah pihak sebelum ini merupakan satu pembohongan dan tidak masuk akal,” katanya ketika menjelaskan isu tersebut pada ceramah di Panggung Lalat di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, dakwaan pemimpin Umno kerajaan negeri tidak melulus hak milik tanah kepada penduduk di sini jelas satu pembohongan apabila seluas 4,413.59 hektar permohonan hak milik tanah dilulus bagi tempoh 2001 sehingga sekarang.

Keluasan tanah tersebut meliputi kawasan seluas 3,687 hektar tanah mukim.

Manakala sehingga kini sebanyak 12,000 fail permohonan tanah telah diselesaikan dan 14,000 lagi fail telah diputihkan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Abdullah berkata, sebelum ini ada pemimpin Umno berkempen mahu menyelesaikan mengatasi masalah tanah rakyat, sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Katanya, begitu juga janji Tengku Razaleigh Hamzah dalam kempen bagi menyelesaikan masalah rakyat, sedangkan sepanjang khidmatnya sebagai anggota parlimen Gua Musang sejak 35 tahun lalu gagal diatasi.

“Oleh itu saya berharap pengundi di Dun Galas tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji seperti itu kerana sudah dijelaskan dalam Jadual ke-9 perlembagaan persekutuan bidang kuasa tanah di bawah kerajaan negeri,” katanya.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Galas isu tanah diulang berkali-kali melalui media Umno bagi menggambarkan kegagalan kerajaan PAS.

Mengenai dakwaan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat, katanya sebagai ketua jajahan beliau lebih mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

“Perkataan yang digunakan dengan memberi gambaran kerajaan negeri merampas tanah rakyat tidak syok didengarkan.

“Kalau projek pembangunan tanah pertanian yang dijalankan melibatkan tanah yang sudah diusaha penduduk, kerajaan negeri akan memastikan tanah tersebut tidak diusik.

“Apa yang kerajaan negeri lakukan ialah tanah tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa sebelum dimajukan agensi kerajaan,” katanya. 

Beliau juga berkata, kelulusan tanah kepada peneroka menghadapi masalah kerana keengganan pemimpin Umno di sebalik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berunding.

“Kelewatan pemberian geran lot-lot tanah kerana keengganan Kesedar menerima syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Penempatan peneroka mestilah dipilih melalui jawatankuasa yang melibatkan kedua-dua pihak iaitu kerajaan pusat dan negeri,” katanya.

Menurutnya, Kesedar sering membelakangi kerajaan negeri dalam usaha membangunkan Kelantan selatan.

Beliau mendakwa Kesedar merampas geran peruntukan Persekutan yang sepatutnya diberikan kepada negeri.

“Kita tak mahu pengundi di sini tertipu dengan fakta palsu dibawa pemimpin Umno dan BN berkaitan isu pemilikan tanah,” katanya.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih