UMNO sebenar takut hilang kuasa politik ~ Pro Pas Blog

11 Oktober 2010

Home » , , » UMNO sebenar takut hilang kuasa politik

UMNO sebenar takut hilang kuasa politik

Bookmark and Share

SHAH ALAM 10 Okt - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata Umno sebenarnya resah dan takut dengan senario kehilangan kuasa politik pada pilihan raya umum ke-13 dan bukannya mengenai masa depan politik orang Melayu.

Merujuk kepada tulisan yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia bertajuk “Kuasa Politik Penentu menjelaskan fitnah paling besar yang disebarkan oleh Umno di dalam perjuangan bangsa adalah Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno.

"Oleh demikian sebenarnya ia bukan mengenai kehilangan kuasa politik kaum Melayu tetapi keresahan mengenai kehilangan kuasa politik Umno itu sendiri.

"Penentu sebenar masa depan bukan sahaja orang Melayu dan masa depan seluruh Malaysia bukanlah berdasarkan kepada kuasa politik sahaja tetapi sebenarnya kepada kontrak politik," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan beliau semalam.

Beliau berkata kontrak Politik adalah satu perjanjian melibatkan semua rakyat untuk mencapai satu matlamat bersama yang berpandukan kepada syarat-syarat kuasa atau peraturan yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan.

"Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik adalah seperti permainan bolasepak tanpa peraturan atau tindakan polis tanpa undang-undang.

"Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik akan menjadi alat kepentingan golongan elit dan bukan penterjemah kehendak rakyat," jelasnya.

Tambah beliau, ketika ini Politik Ketakutan (politics of fear) yang penuh dengan retorik politik hasutan termasuk ancaman ‘perang saudara’ dan akan berlakunya kucar-kacir seperti yang dilaungkan oleh Perkasa dan Tun Dr Mahathir sedang digunakan untuk mempertahankan kuasa politik Umno dan bukan kuasa politik Melayu.

"Sebaliknya, Nngara memerlukan budaya politik harapan dan kebebasan (politics of hope and liberation) untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara secara adil dan saksama.
Katanya, Kontrak Politik mesti bermula dengan permulihan Perlembagaan Persekutuan kepada bentuk asal dengan memansuhkan undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Hasutan serta mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan  termasuk menarik balik perisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

"Selain itu proses dan peraturan pilihan raya mesti dipulihkan agar ia  adil dan telus. Masanya telah tiba untuk semua lapisan rakyat menuntut diwujudkan kembali Kontrak Politik yang akan menentukan agar Kuasa Politik itu digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kekayaan Umno," ujar Nurul Izzah.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih