TV3 didenda kerana menyiarkan iklan menghina Islam ~ Pro Pas Blog

21 Oktober 2010

Home » » TV3 didenda kerana menyiarkan iklan menghina Islam

TV3 didenda kerana menyiarkan iklan menghina Islam

Bookmark and Share

KUALA LUMPUR, 21 Okt: TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan Sinari Lembaran yang didapati menghina Islam.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.

Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu.

TV3 telah menyiarkan iklan Sinari Lembaran beberapa hari menjelang hari raya yang lalu. Namun selepas menerima bantahan dari pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS, iklan yang memakan belanja RM200,000 itu ditarik balik oleh TV3.

Iklan itu cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya sebagaimana 1Malaysia yang menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan itu.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih