Tiada sebab untuk tukar calon- mursyidul am PAS ~ Pro Pas Blog

25 Oktober 2010

Home » , , » Tiada sebab untuk tukar calon- mursyidul am PAS

Tiada sebab untuk tukar calon- mursyidul am PAS

Bookmark and Share

PAS akan tetap meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau turut menyatakan kehairanannya apabila ditanya sama ada PAS akan menukar calonnya itu.

"Tukar buat apa kita dah isytihar dah calon kita.

"Tak ada sebab orang tak undi PAS," katanya kepada media selepas melancarkan Karnival Pertanian Kelantan di Gua Musang hari ini.


Kata-kata mursyidul am PAS itu sekali gus memadamkan khabar angin yang timbul hari ini bahawa parti itu akan meletakkan calon lain bagi menggantikan Dr Zulkefli.

Difahamkan, cakap-cakap itu timbul berikutan serangan yang dilancarkan Umno sejak Jumaat lalu, selepas PAS mengumumkan calon mereka bagi pilihan raya itu.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad juga berkata ura-ura itu tidak wujud.

"Tak adalah cerita macam itu," katanya ringkas ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Jumaat lalu, selepas diumumkan sebagai calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online- yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih