Jahanam FAM suka-suka hati naik tiket bola ~ Pro Pas Blog

25 Oktober 2010

Home » » Jahanam FAM suka-suka hati naik tiket bola

Jahanam FAM suka-suka hati naik tiket bola

Bookmark and Share

 
KOTA BHARU 25 Okt. - Tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober di Stadium Bukit Jalil akan mula dijual kepada orang ramai mulai esok di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, tiket-tiket itu akan dijual secara pakej termasuk bendera serta cenderamata “The Red Warrriors” yang lain pada harga minima RM30 akan mula dijual bermula pukul 3 petang di lapan kaunter utama stadium itu.

"Orang ramai boleh mendapatkan tiket-tiket itu mengikut keperluan mereka dan kita jual tanpa had tertentu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan bagi persiapan ke perlawanan akhir Piala Malaysia di sini, hari ini.

Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, Kelantan diperuntukkan sebanyak 30,000 tiket untuk dijual kepada penyokong bagi membolehkan penyokong The Red Warriors mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelak sebarang masalah.

Beliau berkata penyokong Kelantan juga boleh mendapatkan tiket-tiket yang sama di Seremban, Negeri Sembilan dan di Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan. - Bernama


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih