Skuad Sayang 1Malaysia : Rasa tergugat baru kembali pada rakyat ~ Pro Pas Blog

19 Oktober 2010

Home » , » Skuad Sayang 1Malaysia : Rasa tergugat baru kembali pada rakyat

Skuad Sayang 1Malaysia : Rasa tergugat baru kembali pada rakyat

Bookmark and Share



KUALA LUMPUR, 19 Okt: PAS berpendapat saranan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak supaya jentera Umno perlu menembusi kawasan pembangkang dengan mengadakan pelbagai program supaya dapat mendekati hati rakyat menujukkan rasa insaf beliau setelah mengalami kekalahan di dalam pilihanraya yang lalu.

Ketika berucap pada Karnival Skuad Sayang 1Malaysia anjuran Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, kelmarin beliau berkata, jentera Umno perlu menyahut cabarannya dengan mengadakan program di kawasan pembangkang supaya rakyat dapat mendengar suara hati kerajaan dan bukannya hanya berjuang di kawasan yang selamat.

“Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh diajar rasa bertanggungjawab kepada rakyat apabila mereka kalah. Sewaktu mereka berada di puncak kuasa, mereka tidak pandang kepada rakyat yang menderita hidup,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, PAS berpandangan, untungnya rakyat yang memilih parti lain daripada Umno BN, sehingga dapat mengajar pemimpin Umno bahawa mereka adalah khadam rakyat.

Menurutnya, ketika mereka kalah macam-macam program yang dibuat untuk cakna rakyat, kononnya untuk ambil hati rakyat.

“Situasi ini rakyatlah yang paling beruntung kerana semua pemimpin akan berusaha mengambil hati rakyat,” ujarnya.

Jelasnya, PAS dan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan dan mengambil berat hal rakyat bukan secara bermusim, tetapi menjadi dasar yang terancang dalam setiap proram kerana ia adalah amanah Allah SWT.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih