Hina Sultan Johor? Mana Pekasa? Mana Pemuda UMNO?? ~ Pro Pas Blog

19 Oktober 2010

Home » » Hina Sultan Johor? Mana Pekasa? Mana Pemuda UMNO??

Hina Sultan Johor? Mana Pekasa? Mana Pemuda UMNO??

Bookmark and Share




Lagi kes hina Sultan Johor



JOHOR BAHRU - Kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor di Facebook masih tidak berkesudahan. Terbaru, kemuliaan hati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa tinggi untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Isnin lalu disifatkan perbuatan membazirkan wang rakyat oleh satu pemilik akaun Facebook.

Pemilik akaun terbabit juga dipercayai menggunakan gambar seorang remaja perempuan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Difahamkan, pemilik akaun terbabit telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berunsur menghina institusi diraja Johor serta PDRM sebelum ini sebelum dinyahaktifkan beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, akaun terbabit dipercayai telah diaktifkan semula pada bulan lepas.

Pemerhatian Kosmo! di laman sosial berkenaan semalam mendapati akaun itu masih aktif.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan Facebook itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada pukul 4.33 petang kelmarin.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Kita akan siasat laman ini yang dilaporkan mengandungi maklumat palsu termasuk jika ada unsur hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini semalam. _Kosmo

Gambar Profil orang lain dan mukin paslu


Harap Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia dapat jejak tuan punya profil ni walaupun, dikatakan pemilik profil ni menggunakan gambar budak puan lain, apa yang dikesalkan profil ni masih ade dan makin aktif menghina raja-raja Melayu tanpa sedikit pun rasa takut. Jika perkara ini tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa makin banyak profil2 facebook  hina raja2 melayu wujud. Pemilik fb ni langsung tidak menunjukkan rasa takut, walaupun laporan polis telah dibuat dan dapat liputan akhbar Kosmo dan Harian Metro



Rasenya tuan  punya profil ni saje nak jadi popular dengan cepat macam artis2 lain, Jika blogger Aduka Teruna kritik di maki hamun, kerana celupar menghina kemangkatan sultan Johor baru2 ni apa beza profil fb ni yang makin aktif menghina kedudukan sultan Melayu dan bermacam2 lagi kata2 kesat.



Walaupun laporan polis telah dibuat apa yang di kesalkan profil ini masih aktif, mengeji, mengina, dan pelbagai2 lagi bahasa2 kesat yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap terhadap institusi sultan Melayu..



Maklumat profil : Jantina ,lelaki ini menunjukkan gambar dak puan tu sajer digunakkan dengan tujuan khianat atau tarik perhatian pengunjung.


Profil ini dikesan aktif 8 jam lalu sebelum pukul 2.00 petang 19/10/2010


Antara kata2 kesat yang digunakan untuk menghina raja2 melayu khususnya kesultan Melayu Johor





             Nama Profil : Sultan Yang Setan


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih