Rosmah Mansor bukan pemikir tapi membazir duit rakyat ~ Pro Pas Blog

11 Oktober 2010

Home » , , » Rosmah Mansor bukan pemikir tapi membazir duit rakyat

Rosmah Mansor bukan pemikir tapi membazir duit rakyat

Bookmark and Share


SHAH ALAM 11 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang menjadi projek idaman isteri Perdana Menteri, Dati Seri Rosmah Mansor yang berlangsung esok adalah pembaziran semata-mata dan tidak sensitif kepada kesengsaraan kehidupan rakyat yang dibelenggu masalah ekonomi dan bebanan kos barangan yang meningkat.

Beliau menganggarkan kos untuk menganjurkan sidang kemuncak tersebut termasuk kos pengangkutan Wanita Pertama dan delegasi masing-masing ke Kuala Lumpur, penginapan, makan dan minum, keselamatan, hiburan dan kos berkaitan adalah sekitar RM20 hingga RM30 juta untuk acara tiga hari tersebut.

"Ini jelas satu pembaziran kerana di tengah-tengah ekonomi negara sedang 'sakit' isteri Perdana Menteri mengadakan acara bertaraf negara yang difikirkan tidak perlu dan tidak sesuai dengan agenda memulihkan ekonomi negara.

"Dari mana datangnya semua perbelanjaan sidang kemuncak tiga hari ini kali tidak dari perbendahraan negara. Saya anggap mereka datang ke sini lebih untuk melancong yang dibayar oleh rakyat Malaysia daripada menghasilkan sesuatu yang betul-betul konkrit.

"Apakah objektif sebenar sidang kemuncak ini? Kalau hendak berbincang mengenai isu pendidikan kanaka-kanak tidak perlu adalah sidang kemuncak. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai kepakaran masing-masing dan boleh diadakan simposium atau seminar. Mengapa mahu belanja berjuta-juta untuk tujuan ini?," kata Azan kepada Suara Keadilan.

Melihat kepada aturcara program tiga hari tersebut yang dipaparkan dalam laman sesawang www.firstladiessummit.org, Wanita Pertama, Menteri dan pegawai kanan mereka akan dihidangkan dengan pelbagai acara sepanjang mereka berada di Malaysia.

Antaranya persembahan kebudayaan, pertunjukan fesyen, Pusat Pendidikan Awal Permata di Putrajaya dan diakhiri dengan lawatan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Seramai 16 wanita Pertama mengesahkan kehadiran mereka dari Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Lapan lagi negara iaitu Azerbaijan, Ecuador, Equatorial Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Sudan, Thailand dan Tunisia menghantar menteri bagi mewakili wanita pertama negara masing-masing manakala tujuh negara, Oman, Qatar, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Afghanistan dan Iran turut menghantar menteri bagi menyertai persidangan itu.

Rosmah akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan ‘Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok’ yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan. -Suara Keadilan


1 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Sah satu pembaziran yang besar.Siapa tak mau datang sekiaranya semua ditanggung beres oleh rakyat Malaysia.Semua gratis.Ahli Parlimen wajar bawa kes ni dalam Parlimen untuk dibahathkan dan menyekat Kerajaan UMNO/BN meluluskan perbelanjaan projek membazir ini.Rosmah bukan Perdana Menteri mahu pun Menteri atau Kaki Tangan Kerajaan - yang layak menggunakan wang negara untuk sebarang projek.Isteri Perdana Menteri tiada kuasa untuk menggunakan wang rakyat cara membazir.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih