Red Giants tersungkur rebah di Kota Bharu ~ Pro Pas Blog

16 Oktober 2010

Home » » Red Giants tersungkur rebah di Kota Bharu

Red Giants tersungkur rebah di Kota Bharu

Bookmark and Share

GERGASI Merah rebah di kaki Kijang. Itu yang berlaku pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, Selangor ditunjuk jalan keluar oleh Kelantan yang menang bergaya 3-0.

Pada perlawanan yang disaksikan lebih 25,000 penyokong The Red Warriors itu, Selangor dilihat bermula garang dengan menguji penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menerusi Amri Yahyah yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti, namun sepakannya tidak cukup kencang untuk menggegar jaring lawan.

Seminit kemudian, giliran penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli melakukan rembatan ke gawang Selangor tetapi sepakannya sedikit tersasar.

Kelantan terus menggandakan asakan untuk mendapat gol awal dan ia terhasil pada minit ke-13 menerusi Norfarhan Mohamad yang mudah menyempurnakan lorongan daripada Akmal Rizal.

Kelantan yang mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang perlawanan itu terus ghairah memburu gol dan Selangor pula dilihat hilang punca dengan pemainnya sering melakukan kesilapan mudah.

Pada minit ke-24, Kelantan selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Akmal Rizal.

Gol tersebut terus mematikan rentak Selangor yang semakin hilang arah sambil Kelantan gagah menguasai bahagian tengah yang diterajui Badri Radzi dan Shakir Shaari.

Pada babak kedua, Kelantan memperlahankan rentak permainan, namun Selangor tetap gagal untuk meloloskan diri.

Malam bergaya Kelantan itu disudahkan dengan jaringan ketiga Badri Radzi pada minit ke-79 yang bijak menyambar hantaran Akmal Rizal sebelum merembat kencang ke gawang lawan.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan pasukan pertama layak

ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-0.

Pada aksi pertama di Shah Alam Selasa lalu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan. _Kosmo



1 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

alhamdulillah.. kelantan bejaya ke separuh akhir.. tahniah kpd pemain kelantan yg bjaya dgn cemerlang mengawal rentak selangor. hantaran, serangan, lolosan, kawalan bola, pertahanan.. harus dipuji dan tak lupa juga kepada B.sathianathan yg tk cemuh2 merangka strategi dan menurun kan ke11an pemain terbaik semalam..
TAHNIAH..
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih