Bajet yang tidak adil untuk negeri Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng ~ Pro Pas Blog

16 Oktober 2010

Home » , , » Bajet yang tidak adil untuk negeri Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng

Bajet yang tidak adil untuk negeri Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng

Bookmark and Share

KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Belanjawan 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-Barisan Nasional.

Berikutan itu, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri dibawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Beliau yang ditemui di lobi parlimen turut melabelkan belanjawan yang dirangka kerajaan ini hanya satu ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan yang diumumkan.

Guan Eng menambah rancangan pembangunan mega yang dirangka tidak akan membantu meningkatkan pendapatan ekonomi rakyat sebaliknya kroni-kroni yang bersedia mengaut keuntungan.

"Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut," tanya beliau.

Menurut beliau lagi, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri penumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menggerakkan negara menjana ekonomi.

"Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil(kemahiran)dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," tegas beliau.


1 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Bajet Guru KAFA DAN TOK IMAM JUGA ALHAMDULILAH! YA ALLAH PANJANGKAN UMUR BN MEMERINTAH MALAYSIA DAN JAHNAMKAN KERAJAAN CINASIA ATAU KELINGSIA LAKNATTULLAH AMEEN!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih