Persetankan Media Berat Sebelah ~ Pro Pas Blog

15 Oktober 2010

Home » , » Persetankan Media Berat Sebelah

Persetankan Media Berat Sebelah

Bookmark and Share



Persetankan media yang berat sebelah ! Mungkin agak kasarnya bunyinya, tapi ianya memang berpada dengan apa yang dilakukan sesetengah media yang dilihat berat sebelah dalam melaporkan isu keganasan penonton pada perlawanan baru-baru ini. Jika sikap media yang boleh dianggap "double standard" ini berterusan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti media akan diboikot dan dalam masa yang sama, secara tidak lansung membunuh kemeriahan bola sepak di Malaysia.

Terang lagi bersuluh, semua mata dapat melihat, semua otak mampu menilai, tiada keadilan dalam media melaporkan isu yang berkaitan dengan keganasan penyokong. Terbaru, semalam, ada media yang melaporkan dan memberi "laluan" kepada penyokong pihak sana untuk menceritakan dan meluahkan perasaan. Kenapa hanya sebelah pihak ? Adakah cerita sebelah pihak sudah cukup untuk menghukum satu pihak yang lain ? Kalau di mahkamah sekalipun, mehkamah akan mendengar kenyataan dan cerita dari kedua-dua pihak dan bukannya hanya mendengar cerita dari sebelah pihak saja. "Cerita dongeng" pun mampu mereka ceritakan jika hanya sebelah pihak bersuara.

Dalam laporan semalam, ada kenyataan yang dikeluarkan oleh seoarng penyokong pasukan tersebut, yang mendakwa dia dipukul dengan menggunakan "botol arak" dari belakang ! Tapi kenapa pihak media tidak menunjukkan bukti botol arak tersebut ? Jika dipukul dari belakang, adakah "si mangsa" itu dapat melihat dan mengesahkan dengan tepat sekali beliau dipukul dengan "botol arak"? INGAT! "Botol arak" isu yang sensitif !! Bukan isu mainan. Jangn dipandang remeh. Jika benar, tunjukkan. Jika tidak benar, anda jawab lah di akhirat nanti. Isu "botol arak" amat sensitif, terutama di kalangan orang melayu islam.

Adilkah media itu ? Tidak menunding jari kepada mana-mana media, tapi "jika termakan cili, rasalah pedasnya". Kenapa masih ada diskriminasi ? Kenapa penyokong kami seolah-olah dianak tirikan ? Atau, media dan pihak yang sana hanya mahu melancarkan "perang psikologi" murahan ? Atau sengaja mereka mengapi-apikan lagi keadaan yang sedia panas ? Tidak salah jika media mahu melaporkan isu itu secara meluas, mahu melaporkan secara berulang 24jam pun, TAPI biarlah secara adil ! Jangan hanya mengambil kira cerita sebelah pihak, dan anda terus membuat kesimpulan dan menunding kesalahan 100% kepada sebelah pihak lagi. Sungguh tidak profesional dan memalukan, perbuatan umpama pengecut.

Kepada peminat dan penyokong setia The Red Warriors, jangan terpengaruh dengan "provokasi murahan" ini. Jangan biarkan emosi menguasai diri anda. Ingat ! Terus berdisiplin. "Persetankan" kata media yang berat sebelah. Ambil kira apa yang positif sahaja. Jika ianya negatif dan berat sebelah, "persetankan" media itu, atau dalam erti kata lain, jangan pedulikan mereka. Mereka hanya mahu "menduga" emosi kita. Ingat para teman, para sahabat, para penyokong, ayuh, marilah kita sama-sama buktikan, kita adalah penyokong terbaik. Kita adalah penyokong setia. Kita adalah penyokong yang berdisiplin. Jadikan kata-kata media yang berat sebelah itu sebagai cabaran untuk kita menjadi lebih baik. Dan ingat, mereka terlalu mencemburui kita.

Malam ini, sokonglah dengan bijak. Pasukan amat memerlukan sokongan padu tidak berbelah bagi dalam misi merebahkan ego Red Giants. Jadikan Stadium Sultan Muhammad sebagai saksi, rebahnya Red Giants di tangan The Red Warriors. Ayuh penyokong, bantulah pemain dengan sorokan "Gomo Kelate Gomo", ayuh kita bersatu. Bersatu teguh, bercerai kita roboh.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo



1 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

alhamduulillah..
kelate mene 3-0..bkti kito mmg dipihok yg benar....

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih