Misteri Kehilangan Penyokong Kelantan ~ Pro Pas Blog

16 Oktober 2010

Home » » Misteri Kehilangan Penyokong Kelantan

Misteri Kehilangan Penyokong Kelantan

Bookmark and Share






Misteri kehilangan seorang penyokong Kelantan belum lagi dapat dirungkai dan sehingga sekarang gagal dihubungi. Zamidi bin Rosli dikatakan kali terakhir  dilihat keluar dari stadium Shah Alam melalui pintu keluar stadium yang di khas kepada penyokong Selangor. Misteri kehilangan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan  insiden penyokong Kelantan dibelasah ramai2 oleh penyokong Selangor. Persoalanya adakah mangsa yang di pukul  (dalam gambar) adalah Zamidi bin Rosli yang diberitakan koma, melalui maklumat2 yang saya peroleh melalui forum2 di fb, Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak Kafa melalui portal http://www.theredwarriors.com/v2/ bagi mengesan maklumat mangsa. Laporan polis ini dibuat oleh abang mangsa sendiri di balai polis daerah Shah Alam kontinjen Selangor. Pihak polis akan melakukan siasatan berhubung laporan tersebut bagi mengelakkan perkara ini terus di cemuh, dikritik, dan jadi persoalan dalam laman2 sosial khususnya fb, Sebarang info boleh dilaporkan pada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa ) dan balai polis terdekat bagi merungkaikan kes kehilangan tersebut

Berita Berkaitan


Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu. Malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati. Apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik kekawan yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang.

Amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah.

Kami cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada kami gambar-gambar. Sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.

1  Masih Hidup Atau Mati?



Sesiapa ada maklumat , amat diharapkan agar tampil membantu siasatan demi , mereka yang teraniaya..






0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih