Pemenang anugerah pelakon popular 2010 ~ Pro Pas Blog

09 Oktober 2010

Home » , , , » Pemenang anugerah pelakon popular 2010

Pemenang anugerah pelakon popular 2010

Bookmark and Share





Panas: Terbongkar, Rupanya Ada Si Ketua UMNO Yang Tergamak Menyamar Sebagai ' Warga Emas' Semata-Mata Untuk Jatuhkan Imej Lim Guan Eng



Susulan insiden pemulangan semula wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas baru-baru ini, maka hebohlah puak-puak UMNO menjaja kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), itu telah menipu warga emas terutamanya yang beragama Islam. Malah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeridan ADUN Penaga iaitu Datuk Azhar Ibrahim juga menyifatkan tindakan itu jelas sekali menipu warga emas yang serba kekurangan itu. "Mereka orang kampung, ibu-ibu bapak-bapak... mereka sembahyang, mereka mengaji, mereka bukan orang jahat, mereka orang baik-baik tetapi mereka ini agak kurang mendapat rezeki daripada Allah SWT, kekurangan itu maka digunakan kesempatan ini untuk menipu mereka", katanya. Beliau kononnya bangkit sebagai pembela kepada warga emas terbabit yang kecewa dengan status wang tersebut. Malah beliau mengatakan kononnya warga emas sendiri mahu mengadakan majlis untuk memulangkan wang tersebut kepada UMNO untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Dalam majlis itu seramai 40 warga emas dari Penaga, Kepala Batas telah bertindak memulangkan wang yang dipercayai haram hasil sumbangan Kelab Lumba Kuda untuk program membasmi miskin tegar di negeri itu. Biarpun Lim Guan Eng sudah menjelaskan bahawa wang sumbangan tersebut adalah dari hasil kerajaan negeri sendiri, namun mereka tetap tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana termakan dakyah puak UMNO. Maka disiarkan secara eksklusif oleh media arus perdana.

Ketua UMNO Tergamak Berlakon Jadi Warga Emas

Maka, selepas itu pemulangan wang diikuti pula oleh warga emas Bayan Baru dan semalam diikuti pula oleh warga emas dari Balik Pulau. Makanya hebohlah orang memperkatakan serta kecewa dengan tindakan Lim Guan Eng itu. Biarpun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah memberi penjelasan demi penjelasan, anehnya puak-puak UMNO masih terus mahu menjadi juara isu ini. Hilang isu doa khutbah untuk Lim Guang Eng, kini timbul pula isu panas ini. Pendek kata UMNO amat berharap agar isu seperti ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP itu. Malah, akan melunturkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat di seluruh negara atas apa yang berlaku di negeri itu. Namun, akhirnya mungkin sudah suratan takdir UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa majlis yang diadakan itu adalah tajaan UMNO Pulau Pinang sendiri sebenarnya. Malah, bukti jelas berjaya dibongkarkan yang terdapat seorang Ketua UMNO Bahagian tergamak menyamar sebagai warga emas pada hari berkenaan. Beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir (foto). Sunggu melucukan melihat adengan beliau sanggup berlakon sebagai warga emas untuk diambil gambar oleh media, kemudian dilihat semula duduk semula di sebelah Datuk Azhar ketika sidang media. Dengan bukti ini, maka sahlah isu "wang haram" yang dimainkan oleh puak-puak UMNO ini hanyalah ciptaan mereka.


Bukti, wajah Si Ketua UMNO yang sanggup jadi pelakon tambahan itu

Lagi bukti, wajah sebenar pelakon tambahan yang tidak tahu malu itu
Jika seorang Ketua Bahagian sanggup jadi "pelakon tambahan warga emas" seperti itu, maka apatah lagi dengan ahli-ahli biasa sebenarnya. Makanya, kemungkinan besar 40 warga emas yang dikatakan memulangkan wang tersebut adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO sekitar DUN Penaga dan ditempat lain itu sebenarnya. Maka itulah kita tidak hairan mereka memulangkan wang RM100 ke dalam tabung yang disediakan oleh UMNO, kerana kemungkinan besar mereka ada perjanjian akan diberikan wang lain sebagai ganti "aksi lakonan mereka" pada majlis itu. Pendedahan ini sungguh menjijikkan sebenarnya. Sungguh kita tidak sangka seorang Ketua UMNO sanggup berlakon sebagai warga emas semata-mata untuk mencari publisiti murahan. Apalah nak jadi dengan puak-puak UMNO ini agaknya. Mereka sudah terlalu kemaruk untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Malah mereka tidak mahu Lim dipandang popular oleh dasar-dasarnya yang banyak membela dan menjaga kebajikan rakyat. Maka itulah kita tidak hairan, dicari jalan sedaya upaya untuk menjatuhkan imej dan maruah Lim Guang Eng. Apapun, kini sudah terbukti bahawa adengan tersebut hanyalah lakonan dan sandiwara semata-mata. Maknanya, sia-sia sahaja adengan mereka selepas ini susulan daripada pendedahan yang dibuat ini.   _Pahangdaily


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih