Media, FAM, RTM,TV3, POLIS, FRU: Kematian SEL VS KEL Stadium Shah Alam ~ Pro Pas Blog

13 Oktober 2010

Home » , » Media, FAM, RTM,TV3, POLIS, FRU: Kematian SEL VS KEL Stadium Shah Alam

Media, FAM, RTM,TV3, POLIS, FRU: Kematian SEL VS KEL Stadium Shah Alam

Bookmark and Share

KUALA LUMPUR, 13 Okt [9.35 am] - Juara sebanyak 32 kali, Selangor bukan saja gagal mencari bekalan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam, malah saingan diStadium Shah Alam turut dicemari pergaduhan di antara penyokong Merah Kuning dan Kelantan. Kekecohan yang dicetuskan penonton kedua-dua pasukan, selain pesta bunga api dari tempat duduk penonton mengganggu kerancakan perlawanan.
Paling mengejutkan, belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kekecohan bolasepak hingga membawa kepada kematian. Namun ia berlaku dalam perlawanan semalam. Anehnya, media arus perdana tidak melaporkan perkara ini. Apakah yang mahu disembunyikan agaknya. Difahamkan, seorang penyokong Kelantan telah meninggal dunia akaibat serangan daripada penyokong Selangor selepas perlawana.




Polis Lambat Bertindak Jadi Punca Pergaduhan
"Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan.
Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar.", kata seorang penyokong Kelantan. "Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor.
Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?", kata seorang lagi penyokong.

"Perkara ini dibangkitkan bukan untuk memanaskan suasana dan perasaan penyokong tetapi kami penyokong Kelantan mengharap satu laporan dan hukuman yang adil oleh semua pihak.
Kes kematian ini dianggap serius dan lebih menyayat hati ianya dipandang sepi oleh media dan pihak berkuasa. Kami juga menyokong segala tindakan polis kepada penyokong kami yang ganas tetapi biarlah adil. FAM perlu memandang serius perkara ini dan tidak hanya mengenakan hukuman yang berat sebelah sahaja.
KAFA sentiasa mengutuk sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. Terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong The Red Warriors. Jumpa di Kota Bharu, kita akan pastikan separuh akhir milik pasukan Kelantan. InsyaAllah", katanya lagi.
[Difahamkan pergaduhan telah bermula sejak awal lagi dengan letupan mercun daripada kedua-dua penyokong. Aksi semakin panas ketika waktu rehat dan ia memuncak selepas perlawanan berakhir. Pergaduhan dan tumbuk-menumbuk antara kedua-dua penyokong melarat keluat stadium selepas tamat berlawanan.

Banyak kenderaaan yang dirosakkan dan tidak kurang juga yang tercedera akibat keganasan tersebut. Rakyat amat kecewa melihat apa yang berlaku. Ke mana perginya Polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)?. Kenapa jumlahnya kecil sedangkan jumlah kedua-dua penyokong begitu ramai. Jika FRU sanggup menyerang dan merempoh majlis-majlis rakyat yang diadakan oleh parti pembangkang, kenapa mereka tidak melakukan perkara yang sama terhadap mana-mana penyokong yang bertindak ganas.

Tragedi hingga menyebabkan kematian ini sengaja dirahsiakan oleh media bagi menjaga nama baik FAM dan maruah bola sepak di negara kita. FRU pula ternyata gagal memainkan peranan dengan baik untuk mengawal apa yang berlaku. Ini mungkin kerana mereka lebih gemar menjaga ceramah pembangkang daripada tugas hakiki mereka ini agaknya.Kejadian berlaku dikatakan akibat kesilapan pengurusan stadium menyusun kedudukan penyokong.
Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan.

Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar
.

Media mengatakan penyokong terbabit mati akibat sesak nafas. Namun berdasarkan kepada fakta dan keadaan pendarahan pada kepala mangsa, ia jelas berpunca dari pergaduhan sebenarnya].



10 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

dua2 salah..xpayah la nk main mercun..nk provoke org lain.benda ni patut dielakkn daripada awal.

Tanpa Nama berkata... [Balas]

elo bruk....ape la kejadah bw fitnah ni..name je islam..laen kali siasat betul2 dahulu...fans kelantan tu meninggal pasal sesak nafas.....aiii...kosmo ada laporkan...korg ni set2 kelate bukan nak siasat betul2..trus tulis fitnah...what ever...alfatihah buat arwah che karma....

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Semolek-moleknya cari sapo hok tanggungjawab pah tu wat gi ke muko pengadilan

Unknown berkata... [Balas]

@Tanpa Nama

Kalu lu caya tengok brita kat astro awani malam nih... kita tengok betul ker x?? jange duk ambik TV3, TV 1 wat rujukan x leh pakai.. nok caya... caya.. x se caya sudah...

Tanpa Nama berkata... [Balas]

pesal xleh tgk bola tanpa gado?bodo la fans yg begado tu..kn da meninggal sorg..xdo pekdah nyo begado ni..henti kn la gado ganas2 ni..nk tgk bola besorak bole.tp ngn cara yg betamadun n beadab..bkn mcm boghuk

Tanpa Nama berkata... [Balas]

pengakuan berani dan statement kurang ajar penyokong selangor di facebook : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=157608397605135&set=a.100386689993973.652.100000679260261

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000892472807&v=wall

Tanpa Nama berkata... [Balas]

media perdana meme belawok jah kijo,puta belit lebih pado ula sawo!!!!!!! klu polih betul2 'mesra rakyat' siasat kes nie......

Tanpa Nama berkata... [Balas]

pasal dua2 negeri ni parti pembankang lah fru wat bodoh jer,diorang kerajaan persekutuan,selangor kelate,pembangkang lantak mu lah nak mati ke gaduh ker apa......HIDUP PAKATAN RAKYAT,lepas tu gaduh esama sendiri.....HIDUP...HA HA HA HA HA HA AH AH AHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHHAHAHHAA PADE MUKO HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAAHHAHAHA

Unknown berkata... [Balas]

Copy2.. sebar2 dlm blog puok2 kito!!!

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Hello

Last year has been for a lot of of us very hard. Dozens difficulties, few leisure. In that case we wish you all the best in 2011 year. Don't forget [url=http://www.xn--porednictwo-wizowe-7nd.nowaruda.pl/wizy-do-chin]do chin wizy[/url] now!

Greetings

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih