Bunuh 2 anak guna pedang samurai ~ Pro Pas Blog

20 Oktober 2010

Home » » Bunuh 2 anak guna pedang samurai

Bunuh 2 anak guna pedang samurai

Bookmark and Share


FAIRFIELD (California): Seorang ibu muda akan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menetak hingga mati dua anak perempuan kembarnya berusia tiga tahun dengan pedang samurai.

Penyiasat yang mendedahkan butir pembunuhan dan cubaan membunuh diri itu berkata, Monica McCarrick membunuh kanak-kanak berkenaan dan kemudian meletakkan mayat mereka pada pintu utama bagi menghalang penyelamat masuk.

Anggota bomba menemui mayat kedua-dua mangsa, Lily dan Tory selepas menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah rumah pangsa tempat keluarga itu menginap.

Wanita berusia 28 tahun itu ditemui berhampiran mayat kedua-dua kembar itu dengan kesan luka pada lehernya.

Dia akan menghadapi tuduhan membunuh apabila keluar dari hospital.

Menurut penyiasat, kepala seorang kanak-kanak itu hampir putus sementara seorang lagi mempunyai beberapa kesan tikaman di perut.

Monica kemudian membakar rumah pangsa yang didiaminya dan menempatkan mayat itu di di pintu masuk sebelum cuba membunuh diri.

Beberapa jiran cuba memasuki rumah berkenaan selepas melihat asap keluar dari pintu depan dan penggera amaran asap berbunyi.

Seorang daripada mereka, Andre Douglas berjaya memasuki rumah di tingkat tiga itu menerusi tingkap dan melihat senjata yang digunakan untuk membunuh itu dilantai.


Polis belum dapat memastikan motif pembunuhan itu dan kini berusaha menjejaki bapa kanak-kanak kembar berkenaan, Michael Ball, 38.

Laporan polis menunjukkan Monica pernah ditangkap sebelum ini kerana kesalahan dadah.

Dia juga pernah ditangkap kerana satu kes keganasan rumah tangga di San Diego.

Satu laporan mendakwa wanita itu menelefon tunangnya ketika penggera amaran berbunyi.

Tunangnya dikatakan menelefon ibunya dan memberitahu Monica sudah ‘hilang akal.’ Jurucakap polis, berkata, 


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih