Adam Lambert -Aktivis pelajar bantah pemuzik gay ~ Pro Pas Blog

13 Oktober 2010

Home » , , » Adam Lambert -Aktivis pelajar bantah pemuzik gay

Adam Lambert -Aktivis pelajar bantah pemuzik gay

Bookmark and Share

ekumpulan kira-kira 20 aktivis pelajar berhimpun di perkarangan bangunan yang menempatkan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebagai membantah konsert Adam Lambert esok.

Mereka berkumpul kira-kira jam 2.45 petang, diikuti dengan ucapan oleh presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Ahmad Syazwan Mohd Hassan; setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan seorang lagi pemimpin GAMIS, Mohd Izzuddin Hilmi.

Kumpulan tersebut turut membawa kain rentang yang anti-gay dan membantah konsert tersebut.

Selepas 15 minit berucap, mereka dinasihatkan supaya beredar oleh beberapa anggota polis yang berada di situ.

Selepas itu, mereka naik ke pejabat Puspal di tingkat 30 bangunan tersebut untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pengerusinya, Ramlah Amir.

Dalam memorandum tersebut, mereka menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menyatakan pendirian mengenai penganjuran konsert Adam Lambert. 

Mereka juga melahirkan rasa bimbang terhadap budaya hedonisme yang didakwa semakin disuburkan di negara ini. 

Mereka kesal dengan kerajaan yang didakwa bersikap sambil lewa serta dengan kementerian yang terlibat dengan penganjuran konsert tersebut.

"Kami memperoalkan tentang kelulusan konsert ini, sedangkan sudah terdapat kod etika untuk menganjuran artis luar negara. 

"Yang jelas artis (Adam Lambert) tidak layak untuk mengadakan persembahan (di negara ini)," kata memorandum dari GAMIS itu.

Menurut, Adam lambert adalah artis remaja Amerika yang menjadi ikon budaya gay pada masakini.

"Ini dibuktikan dengan adegan mencium lelaki di atas pentas. Dia sendiri cium lelaki, adegan lucah ini semestinya ditolak oleh warga Malaysia kerana sudah tentu meyalahi etika dan budaya timur kita," tambah memorandum itu lagi.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih