08 Julai 2013

Jangan Sertai Himpunan Pro Morsi - Penasihat PMRAM

Bookmark and Share

Pelajar malaysia mesir, PMRAM , krisis Mesir, terkini situasi mesir, pergolakan mesir.
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesri (PMRAM)
Saya secara peribadinya tidak bersetuju kepada teman-teman yang menyertai demonstrasi sama ada yang menyokong Mursi atau tidak. Bagi saya ini antara usaha campurtangan yang "mencari nahas". 

Berusahalah dengan cara lain yang kurang risikonya. Antaranya dengan anda bangun berqiam dan berdoa serta menyebarkan maklumat tepat tentang isu Mesir adalah antara usaha anda membantu rakyat Mesir yang dirampas hak mereka buat waktu ini. 

Masa ini bukan untuk "mencari pengalaman" atau "mengenali orang Ikhwan" kerana mereka berada dalam situasi "perang". 

Mohon patuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh Kedutaan dan PMRAM.


Kes Rogol Atlit SUKMA : DPPNK Kesal

Bookmark and Share

Kes Rogol Atlit SUKMA : Aspek Keselamatan Wajib Dititikberatkan

Kes Rogol, SUKMA, Dewan Pemuda, Pas, Sukan Malaysia, MSN, Seks, Minum Arak, Seks Bebas, Kes Rogol, Pemain Di Rogol
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) memandang serius isu seorang seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas. Kes ini menjadi laporan hangat dunia sukan di dada-dada akhbar hari ini.

Dalam hal ini, DPPNK berpandangan pihak polis perlu diberikan ruang seluas-luasnya untuk menyiasat kes tersebut apatah lagi ia telah menjadi kes polis dan menjadi tanggungjawab pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan secepat mungkin. DPPNK yakin pihak polis akan menjalankan siasatan rapi dan telus bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Namun, di dalam masa yang sama, suka dinyatakan bahawa kes ini menjadi bukti bahawa betapa longgarnya kawalan keselamatan terhadap atlet-atlet yang menyertai pesta Sukan Malaysia (Sukma) 2013. Menjadi persoalan bagaimana seorang atlet wanita boleh bermalam atau dibawa bermalam bersama atlet berlainan jantina? Setakat manakah pihak Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 memandang berat isu keselamatan yang sepatutnya menjadi agenda penting sepanjang temasya ini berlangsung?

DPPNK juga kesal dengan dakwaan bahawa atlet tersebut bersama beberapa orang rakannya telah meminum minuman keras sebelum jenayah itu dikatakan berlaku. Dalam hal ini menjadi tanggungjawab MSN untuk memastikan bahan-bahan beralkohol seperti ini tidak dibawa masuk ke kompleks perkampungan sukan memandangkan ia boleh mendatangkan pelbagai kesan yang tidak diingini.

Hakikatnya, arak dan sukan dilihat mempunyai kaitan apabila syarikat-syarikat arak diberikan hak untuk menaja sebahagian aktiviti sukan. Media cetak khususnya akhbar-akhbar berbahasa Inggeris semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol dan pengiklanan ini berlarutan di mana ada syarikat arak sudah mulai menaja sukan yang berprestij. Keberanian mengeksploitasi wanita yang seksi dan mengghairahkan mempromosi arak juga menarik perhatian ramai khususnya golongan remaja.

DPPNK menuntut agar aktiviti sukan yang sihat dan bebas daripada penajaan syarikat arak dan juga judi perlu menjadi agenda utama kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan. Dalam masa yang sama, pergaulan bebas di antara atlet berlainan jantina perlu dipandang serius selain pakaian yang menjolok mata yang dipakai oleh atlet di dalam acara-acara tertentu turut menjadi faktor yang mendorong kepada kes seumpama ini.

DPPNK suka untuk menyarankan semua pihak melihat kepada kejayaan kerajaan negeri Kelantan menganjurkan Sukan Wanita Malaysia (NISA’ GAMES) yang hanya khusus kepada atlet wanita sahaja dan berpakaian menutup aurat tanpa menjejaskan aktiviti sukan. Sekalipun prinsip ini mungkin tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya kepada semua pihak, namun sekurang-kurangnya ia boleh menjadi panduan kepada kerajaan untuk bertindak ke arah memastikan sukan bersih dari masalah sosial.

Dalam masa yang sama, kesedaran juga perlu sentiasa dipupuk di kalangan atlet-atlet negara agar mereka mampu bersaing secara sihat dan menerima hakikat bahawa kalah menang ialah lumrah biasa di dalam pertandingan. Jika hal-hal begini tidak ditangani segera, pastinya cita-cita untuk melihat pembangunan sukan yang bersih daripada masalah sosial dan akhlak tidak akan tercapai.

Sukan sebagai ibadah.

Ahmad Najib bin Deris,
Pengerusi Lujnah Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (DACS),
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).


Kedutaan Syria di Kaherah di buka semula

Bookmark and Share



kekejaman syria, Krisis Mesir, Rampasan Kuasa Mesri, Kekejaman Mesri, Presiden Mesir Dr Morsi, Terkini Di mesir,

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Ahad | 07 Julai 2013 | 06.07 petang

Kedutaan Syria di Kaherah mula dibuka pada hari ini disebabkan beberapa hari lepas berlakunya rampasan kuasa.

Halaman berita "Al-Youm Sabik" melaporkan beberapa pegawi bertugas dilihat menerima kunjungan warga Syria di Mesir dan mendengar masalah mereka.

Di pintu utama kedutaan digantung penyataan "Kedutaan mula dibuka hari ini."

Presiden Muhammad Mursi sebelum ini memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim Syria.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


07 Julai 2013

Seruan Al-Qaradhawi Pada Rakyat Mesir

Bookmark and Share


Dr Mursi, Dr Morsi, Al-Qaradhawi, Rakyat Mesir, Revolusi mesir, terkini di mesir, adbul Fattah As- Sisi



[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Sabtu | 06 Julai 2013 | 08.50 malam


Ringkasan kenyataan terbaru oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Akbar Al-Qaradhawi Ketua Persatuan Ulamak Sedunia Hafizahullah hari ini.

1. Rakyat Mesir mestilah bersama menyokong Presiden yang sah,Dr.Muhammad Mursi,kekalkan perlembagaan kerana ia merupakan kemestian untuk disempurnakannya manakala Abdul Fattah As-Sisi mestilah menarik balik tindakannya.

2. Fadhilatus Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Tayyib telah memilih jalan yang lebih menyukarkan akibat bersetuju dengan tindakan tentera ke atas Presiden Dr.Muhamamd Mursi.

3. Semua pihak di Mesir perlulah kembali bersatu untuk mengekalkan apa yang telah dicapai dalam Revolusi yang lalu.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Apa percapaian setelah 2 hari rampasan kuasa di Mesir??

Bookmark and Share

Adli Mansour,  Presiden Mesir,  Presiden Mursi , Ikhwan Muslimin, Krisis mesir, demo pro morsi, rampasan tentera,

'PENCAPAIAN' PERAMPAS KUASA RAKYAT

'Pencapaian' dalam tempoh dua hari rampasan kuasa tentera:

1) Menggulingkan seorang Presiden dalam pilihanraya pertama pertama yang disertai oleh 26 juta pengundi yang telus dan menggantikannya dengan seorang yang tidak dikenali iaitu Ketua Hakim M
ahkamah Tinggi Perlembagan, Adli Mansour.

2) Membatalkan Perlembagaan yang telah disertai oleh 18 juta rakyat.

3) Membubarkan Dewan Senat yang dipilih oleh 8 juta pengundi.

4) Menutup 27 buah stesen televisyen dan sebahagian terbitan akhbar.

5) Membunuh 53 orang penyokong Presiden Mursi di seluruh Mesir hingga semalam dan mencederakan lebih 5,000 yang lain.

6) Melarang khatib-khatib yang terdiri dari aliran Islam seperti Syeikh Muhammad Hasan menyampaikan khutbah.

7) Menangkap 28 orang pemimpin parti-parti Islam (termasuk Ikhwan Muslimin) dan menyenaraikan 500 orang yang lain dalam "senarai larangan musafir ke luar negara".