Memaparkan catatan dengan label Rais Yatim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rais Yatim. Papar semua catatan

22 Februari 2011

RTM tak kisah keluahan peminat bola sepak tempatan - Desak Rais Undur!!!

Bookmark and Share

RTM tak ambik kisah keluahan peminat bola sepak tempatan


Apakah makna sebenar “majulah sukan untuk negara” ? Adakah bermaksud Atlet Sukan semakin kaya ( bonus melimpah dari kerajaan ) dan RAKYAT MALAYSIA semakin menderita ? Menderita kerana perlu MEMBAYAR sejumlah wang hanya untuk menonton sukan tempatan di negara sendiri terutama “BOLA SEPAK TEMPATAN” yang mutunya masih mengecewakan.

Pihak tertentu seharusnya PEKA terhadap isu ini, adakah motto “majulah sukan untuk negara” bermakna semakin maju sukan tersebut maka RAMAILAH manusia yang buat BISNES dan MANGSANYA adalah RAKYAT MALAYSIA sendiri yang menderita untuk menonton sukan tempatan.

Pihak kerajaan juga seharusnya membuat siaran sukan dengan PERCUMA terutama bola sepak malaysia kerana masih ramai RAKYAT MALAYSIA yang tidak berkemampuan untuk membayar siaran sukan yang sangat mahal yang mereka rasa tidak berbaloi langsung hanya kerana ingin menonton BOLA SEPAK.

Di Indonesia & Thailand, rakyat mereka tidak perlu membayar langsung untuk melihat sukan di negara mereka terutama bola sepak tempatan dan luar negara namun di negara kita pula atas dasar Sukan Semakin Maju maka rakyat harus MEMBAYAR untuk menonton siaran langsung bola sepak terutama bola sepak malaysia.

Pihak kerajaan harus PEKA terhadap masalah RAKYAT ini, walaupun beban bil siaran tv swasta meningkat 6% namun Rakyat Malaysia masih lagi TERPAKSA untuk melanggan dek kerana terlalu minat dengan bola sepak tempatan dan luar negara.

kelantanfa.com