Memaparkan catatan dengan label Menara Warisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menara Warisan. Papar semua catatan

25 Oktober 2010

100,000 orang kata tak nak pada menara warisan

Bookmark and Share


BUTTERWORTH, 25 Okt : Penentangan terhadap cadangan Perdana Menteri mahu membina bangunan Warisan 100 tingkat nampaknya merata di kalangan Pakatan Rakyat.

Kalau sebelum ini anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mencadangkan wang RM5 bilion itu digunakan untuk membangunkan Kampung Baru, pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang berkata, lebih 100,000 anak muda membantah cadangan itu.

Apabila DAP membuat kajian dalam laman sosial Facebook mendapati sokongan penuh golongan muda agar Pakatan Rakyat membahas isu di parlimen sehingga Kerajaan Barisan Nasional (BN) akur, kata Lim.

"Saya nak umumkan di malam ini keputusan kajian dan Facebook saya jelas anak muda tidak kira bangsa menolak rancangan Najib nak bina bangunan setinggi 100 tingkat itu. Ia adalah pembaziran, " ujarnya di majlis makan malam Tabung DAP di Jalan Raja Uda, Butterworth baru-baru ini.

Menurut beliau, anak muda mahukan Najib gunakan wang RM5 bilion yang dicadangkan untuk bangunan tersebut bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan, pelajaran, univesiti, lalu lintas, pembersihan tidak ketinggalan pembangunan luar bandar termasuk di kawasan ladang seluruh Malaysia.

Semasa sidang parlimen nanti beliau berjanji akan berjuang bagi suara anak muda menentang usaha Najib membina bangunan yang dianggap tidak berfaedah itu.

DAP, katanya, mahukan kewangan yang bakal dialirkan ke projek itu diagihkan kepada pembangunan lain yang nyata masih berada ditahap rendah.

"Kita akan berjuang sehingga mereka batalkan program berkenaan. Itu janji saya, " ujarnya di hadapan ribuan hadirin.

Datuk Seri Najib baru-baru ini mengumumkan, PNB akan membina bangunan Warisan 100 tingkat. Bagaimana selepas diserang dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak, beliau berkata, idea pembinaan itu bukan datang dari beliau tetapi dari PNB sendiri.

PNB kemudiannya terpaksa menjelaskan, pembinaan bangunan itu tidak akan menggunakan wang pelaburan dari rakyat negara ini.


23 Oktober 2010

Bajet Qarun: Kesilapan Tun Mahathir diulangi Najib

Bookmark and Share




PERDANA Menteri, Najib Tun Razak terus melakukan kesilapan yang diwarisi Perdana Menteri terdahulu, khususnya Tun Mahathir Mohamad apabila mengumumkan kos pembinaan 'Warisan Merdeka' yang menelan belanja sebanyak RM5 bilion dalam Bajet 2011.


Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mempertikaikan peruntukkan tersebut yang disifatkannya sebagai 'mengejar glamour' dan bermegah-megah semata-mata dan membuktikan kerajaan tidak peka dengan kehendak rakyat.


Menurut Mustafa, ketika rakyat berada di tahap kehidupan yang tertekan, kerajaan memperuntukan sejumlah wang untuk membina menara yang dikatakan mempunyai 100 tingkat di ibu negara.


"Untuk apa bangunan 100 tingkat itu? Apa manfaatnya kepada rakyat? 'Twin tower' yang ada sekarang ini pun... tidak habis digunakan. Adalah lebih baik wang sebanyak itu diperuntukkan untuk tujuan membantu rakyat yang semakin terbeban," tegas beliau kepada Harakah.


Ekoran pengumuman Najib berkenaan menara itu, Mustafa turut tidak menolak kemungkinan rakyat semakin marah dengan tindakan itu yang jelas membelakangkan rakyat dan memberi serba sedikit kesan kepada Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.


Katanya, kerajaan perlu menghentikan sebarang projek yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat atau terpaksa berhadapan dengan laluan sukar pada pilihan raya umum nanti jika tidak berbuat demikian.


Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion itu dijangka siap pada 2015



20 Oktober 2010

Menara Warisan: alasan "Pak Pandir" Najib

Bookmark and Share



KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) adalah alasan Pak Pandir.

“Ini adalah alasan ‘Pak Pandir’ dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PNB, bukannya kepada Najib sendiri.

Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.

Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

Katanya, PAS berpendapat, kalau pun benar itu cadangan daripada PNB kenapa Najib sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. 

“Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB,” ujarnya sinis.

Soalnya lagi, bukankah Najib selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion.

“Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi,” katanya lagi.

Ini, tambahnya samalah dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri kerana bukan bidang kuasa menteri.

“Sedangkan jawapan ini, orang buta dekat Pagoh pun ketawa,” ujarnya.


Budaya bermegah dan mewah UNMO, penyebab akhlak musnah

Bookmark and Share


Maju dengan kebendaan, akhlak musnah

12 Zulkaidah 1431H.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Marilah kita mengkaji satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Umar r.a. Daripada Amirul Mukminin Umar ibnu Khattab, katanya: Sedang kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba muncul seorang lelaki yang putih bersih pakaiannya, yang terlalu hitam rambutnya, tidak ada tanda-tanda musafir dari jauh dan tidak ada seorang pun daripada kami yang mengenalinya. 

Tiba-tiba dia duduk terlalu dekat dengan Rasulullah s.a.w. sehingga berlaga lutut dengan Rasulullah s.a.w. Dia meletak kedua belah tangannya di atas kedua paha Rasulullah s.a.w. dan berkata:

Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku apa dia Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.: Islam itu ialah bahawa engkau menyaksikan yakin bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Muhammad itu rasulullah, kamu mendirikan sembahyang, kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa pada bulan Ramadan dan kamu mengerjakan haji ke Baitullahilharam sekiranya mampu mengerjakannya. Lelaki itu berkata: Betul. 

Sayidina Umar berkata: Kami merasa hairan, dia bertanya Rasulullah s.a.w. kemudian membenarkannya apa yang ditanya. Dia bertanya lagi, apa dia iman. Sabda Rasulullah s.a.w. iman itu engkau percaya kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul, kepada hari akhirat dan kepada qadar baik dan jahatnya. Dia berkata: Ya, benar! Dia bertanya lagi, apa dia ihsan. Jawab Rasulullah s.a.w. ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, maka yakinlah bahawa Dia melihat kamu. Lelaki itu berkata: Ya, benar! Dia bertanya lagi, ceritakan kepadaku berkenaan dengan kiamat, bilakah berlaku kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w.: Bukanlah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Dia bertanya lagi, ceritakan kepadaku tanda-tanda kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w.: Engkau melihat hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya, orang-orang yang bangsat dan papa, bertelanjang kerana tidak ada pakaian, yang berkaki ayam dan gembala-gembala kambing, tiba-tiba mereka berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi, kemudian lelaki itu berundur.

Sayidina Umar berkata: Kami terdiam. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. bertanya: Wahai Umar, adakah engkau tahu siapakah yang bertanya tadi. Jawab Umar: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w.: Itulah Jibril, dia datang kepada kamu mengajar tentang agama kamu. (Riwayat Muslim)

Hadis ini menerangkan keseluruhan ajaran Islam yang terdiri daripada iman, Islam dan ihsan. Ia merupakan agenda pembangunan manusia dan masyarakat daripada Allah SWT di atas muka bumi ini agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan sebaik-baiknya. 

Allah sentiasa menguji manusia di atas muka bumi ini sebagaimana firman-Nya (yang bermaksud): Maha suci Tuhan yang berada dalam tangan-Nya kerajaan, Dia Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Dialah Tuhan yang menjadi hidup dan mati bagi kamu untuk menguji dan mencuba kamu dalam kehidupan dunia ini siapakah di kalangan kamu yang baik amalannya, Dia ialah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk: 1-2) 

Allah SWT tidak menjadikan manusia dengan membiarkan mereka begitu sahaja tetapi mengutuskan para nabi dan rasul dengan membawa ajaran Islam supaya manusia hidup dengan betul, melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat. 

Mengapa hari ini kita berada dalam dunia yang penuh dengan bencana sedangkan manusia berada pada tahap yang paling mewah dan kaya? Benarlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Berlumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi (dengan menamakan sebagai bangunan pencakar langit), begitu sombong dan angkuhnya manusia sedangkan di sana masih ada mereka yang miskin, kebuluran, terbiar sakit yang tidak ada wang untuk membiayai kos perubatan, tidak ada harta untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak. 

Dalam masa yang sama berlakunya keruntuhan akhlak, maksiat dan kemungkaran yang berleluasa, jenayah yang membahayakan masyarakat, keganasan yang menjadikan manusia lebih jahat daripada binatang buas. 

Marilah kita membuat muhasabah diri dan melihat bahawa puncanya adalah kerana manusia meninggalkan ajaran daripada Allah SWT. Manusia telah merosakkan iman, Islam dan ihsan. Iman itu ialah kepercayaan kepada Allah dan segala perintah Allah SWT. Tetapi hari ini kita melihat umat Islam lemah dan ada yang runtuh musnah. Mereka lari daripada petunjuk Allah SWT dengan mencipta petunjuk sendiri dan mereka sesat dalam petunjuk tersebut. Allah SWT mengajar mereka dengan kemusnahan itu agar mereka sedar dan insaf. 

Islam itu ialah syariat Allah yang mengatur kehidupan manusia sama ada diri, keluarga, masyarakat dan pembangunan negara. Manusia telah meninggalkan syariat Allah SWT dengan membuat peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah SWT serta berlagak seolah-olah lebih pandai daripada Allah SWT. Ada juga yang terlibat dalam makanan, minuman, pakaian, pergaulan yang haram serta melakukan perbuatan yang melampaui batas-batas syarak. Manakala ihsan itu ialah akhlak dan hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Manusia hari ini memutuskan hubungan dengan Allah SWT, mengadakan hubungan secara tipu dan tidak ikhlas di hadapan Allah SWT, kononnya menunjuk-nunjuk Islam tetapi dalam masa yang sama merobek-robekkan Islam. Berlakunya keruntuhan dalam rumah tangga iaitu ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab terhadap anak dan isteri serta sebaliknya. Hubungan keluarga musnah dan hancur. Sudahlah meninggalkan hubungan dengan Allah SWT, berlagak sombong dengan Allah, berbangga-bangga dengan kemegahan dan kemewahan. 

Marilah kita melihat dengan cahaya petunjuk daripada Allah SWT, adakah amaran Rasulullah s.a.w. telah berlaku. Perhatikanlah dengan hati yang ikhlas. 

Firman Allah (maksudnya): Dan apabila Kami menghendaki untuk menghancurkan sesuatu kampung dan negeri, Kami jadikan orang-orang yang senang dan mewah di negeri itu dengan perintah Kami, tiba-tiba mereka melakukan kejahatan, maksiat. Maka benarlah ke atas Allah firman-Nya, maka Kami membinasakan mereka sehancur-hancurnya. (Al-Israk: 16)


Piramid dan Menara Warisan

Bookmark and Share



Telah menjadi amalan setiap pemerintah di muka bumi ini untuk membuat sesuatu agar pemerintahannya diingati oleh rakyat di setiap generasi. Itulah amalan dan lagak yang bergelar Sang Penguasa. Mereka tidak pedulikan kesengsaraan, penderitaan dan kesusahan rakyat marhein. Apa yang penting terbinanya mercu tanda bagi memenuhi nafsu besar mereka.

Yang jadi mangsa adalah rakyat. Yang menjadi mangsa duit rakyat. Duit cukai yang dipungut dari rakyat dan hasil mausul negara bakal dibelanjakan untuk membiayai projek impian Sang Penguasa.


Firaun di zamannya menggunakan keringat dan kudrat tenaga rakyat untuk membina Piramid. Begitu juga yang dilakukan Namrod bagi membina Babylon. Firaun dan Namrod begitu senang menggunakan kudrat rakyatnya kerana mereka berdua mempunyai kuasa mutlak. Setiap perintah wajib ditaati umpama "arahan Tuhan".

"Firaun" di zaman moden ini menggunakan pelbagai alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka. Antara alasan popular lagi basi yang sering keluar dari mulut Sang Penguasa, "Untuk pembangunan, rakyat dapat manafaat, pengangguran dapat dikurangkan, menarik pelabur luar, pihak swasta yang membina....."

Jika Firaun zaman Nabi Musa as mengorbankan ribuan nyawa rakyatnya demi terbina Piramid, "Firaun Moden" pula membolot jutaan RM rakyat dan hasil mausul negara demi terbinanya Menara KLCC dan terkini Menara Warisan.

Jika Petronas "dipaksa" membeli tanah tapak Lumba Kuda dari kroni Mahathir untuk pembinaan KLCC, siapa pula yang bakal "dipaksa" PMNajib untuk membeli tanah dari kroninya untuk pembinaan Menara Warisan yang bernilai RM5 Bilion itu?

Menara Kembar KLCC umpama "batu nesan" dan simbol kezaliman Mahathir.

Adakah Menara Warisan yang bakal di bina PMNajib dan Rosmah ini akan bakal menyaksikan "wajah" Altahtunya di setiap penjuru dan sudut Menara 100 tingkat ini?

Malangnya Malaysia apabila hasil mausulnya di"faraid"kan oleh Sang Penguasa sesama kroni mereka seolah-olah harta emak bapak mereka!