Memaparkan catatan dengan label Islamic Fashion Show. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamic Fashion Show. Papar semua catatan

25 Januari 2011

Politik Rosmah mampu jatuhkan Najib pada PRU-13!

Bookmark and Share



Pembaziran demi pembaziran ke atas wang rakyat dilakukan oleh 'first lady' (wanita pertama) yang bernama Datin Seri Rosmah Mansor sejak Dato' Seri Najib Tun Razak bergelar Perdana Menteri.

Nama Rosmah Mansor terus meniti dibibir masyarakat, hampir semua media arus perdana sering melaporkan apa sahaja aktiviti yang dijalankan isteri Perdana Menteri ini.



Penampilan Rosmah dilihat sangat berbeza dengan isteri beberapa Perdana Menteri yang sebelum ini, antaranya Allahyarham Tun Hendon Mahmood dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang jauh lebih sederhana, tidak dilihat mengganggu pentadbiran PM.

Selepas mendapat jolongan 'de fakto PM', Rosmah mendapat habuan besar dalam Projek Pertama Negara yang bagi pandangan umum ia satu lagi 'kemusykilan' besar kepada rakyat, apakah seorang isteri PM boleh mendapat keistimewaan dengan mendapat belanjawan khas dalam Belanjawan Negara.

Jika era Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sering diserang oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini Najib pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama

Rosmah ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.

Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan dan diketuai oleh Pegawai Khasnya Dato' Siti Azizah Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain.

Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.

Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan

Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang.

Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi ‘titik lemah’ Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.

Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib.

Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam laporannya awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Beberapa blogger menggelarkannya sebagai 'Suami Perdana Menteri'.Mungkin ia sinonim dengan 'kelakuan' Rosmah yang cukup menjelekkan mata teman-teman bloggers dan rakyat kebanyakan.

Keputusan Najib dalam Belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.

Tidak cukup dengan itu, terkini ramai yang mempertikaikan kos sebenar penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai yang didakwa mencecah RM 140 ribu untuk satu malam.

Antara yang mempertikainya ialah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali mahu Najib atau Kementerian Luar memberi respons segera mengenai kos penginapan dan operasi sepanjang lawatan Rosmah ke Dubai kerana ia melibatkan wang rakyat.

Isu ini bukan sahaja ditujukan hanya kepada 'batang tubuh' Rosmah, namun lebih berat kredibiliti Najib selaku Perdana Menteri dan suami yang sewenang-wenang melepaskan 'wang rakyat' kepada isteri.

Tabiat isteri kesayangan Najib itu juga ditegur oleh bloggers, Badrul Hisham Shaharin yang menyifatkan Perdana Menteri gagal melihat bahawa Rosmah seorang yang boros dan gemar berbelanja besar.

Telahan Badrul Hisham mudah, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun.

Dalam pada masa sama Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.

“Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya,” kata Badrul Hisham.

Rimas rakyat dibuatnya.Najib tidak harus lupa akan kecaman umat Islam ke atas Rosmah dalam isu Pertunjukan Busana Islam di Monte Carlo tahun lalu yang mana Rosmah didakwa menghina Islam dengan penganjuran tersebut.

Selaku penaung, Rosmah sendiri gagal menjawab isu-isu yang dibangkitkan ramai, termasuk kepimpinan politik dan bloggers dimana pakaian model sangat menjolok mata, selain ada model yang mengenakan pakaian dengan logo kalimah Allah diterbalikkan.

Apabila isu itu dibawa ke Parlimen, Najib dan menteri-menterinya berdiam diri, tidak mampu menjawab hatta persoalan daripada mana datangnya wang penganjuran yang hanya menambah malu kepada negara.

Sebelum ini, ada cadangan dari Rosmah untuk menganjurkan tilawah Al-Quran bagi orang-orang buta,Entah apa gerangannya Rosmah yang sangat dipertikai ini mengutarakan cadangan sedemikian, apakah ianya hanya satu lagi bentuk 'retorik politik' untuk mengaburi mata awam?

Blogger Mohd Sayuti Omar dalam blognya ada menulis, cadangan Rosmah itu nampak lebih untuk menjaja akan keperihatinan Malaysia kepada orang buta dan tidak lebih dari itu dan bukan usaha yang serius untuk memberi kelegaan kepada orang buta atau memertabatkan peranan Islam oleh negara".

Kata Sayuti jika ingin memertabtkan Islam, apa yang harus diutamakan ialah martabatkan diri kita dulu. Dalam konteks ini Rosmah perlu menjadikan dirinya Wanita Pertama yang mantap Islamnya termasuk soal menutup jambulnya.

Tabiat Rosmah bukan sekadar terhenti dengan soal pemborosan, beliau juga semakin 'jelek' di mata rakyat kerana sering menonjolkan diri sebagai 'wanita pertama' mengalahkan baginda Permaisuri Agong, Tuanku Nurzahirah.

Bloggers edeseyes.com pula menyifatkan Rosmah sebagai liabiliti besar kepada Najib yang mampu menjatuhkan Perdana Menteri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Telahan bloggers tersebut mudah, pandangan sisi rakyat bahawa Najib perlu menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.

"Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'suami' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri," tulis bloggers berkenaan.

Rakyat sudah lama menganggap wanita tidak bertudung itu (Rosmah) adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam yang masih belum sedar dan sebagai liabiliti kepada BN.

Apakah anggapan rakyat ini akan menjadi suatu kenyataan pada PRU-13 nanti, Najib pastinya resah akan 'cakap-cakap' mengenai isteri kesayangannya itu yang mampu menjatuhkannya sepertimana Tun Abdullah Ahmad Badawi jatuh kerana anak menantunya. - Detikdaily


27 Oktober 2010

Festival Fesyen Karut Rosmah, Pemuda Pas buat aduan

Bookmark and Share

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menyerahkan memorandum aduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung Festival Fesyen Islam (IFF) yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu kerana dikatakan satu penghinaan kepada Islam.

Festival busana tersebut dinaungi oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Rombongan enam pemimpin Pemuda PAS Wilayah diketuai oleh pemangku ketua Herman Samsudeen memasuki Jakim pada jam 11.15 pagi.

Memorandum tersebut, diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Jakim Asiah Al-Kharib Shah dipejabatnya pagi ini.

"Penganjuran Festival Fesyen Islam, walaupun namanya Islam, tetapi ia jelas menghina Islam apabila menampilkan model yang berpakaian menjolok mata. Lebih menyedihkan apabila model terbabit memakai baju yang tertulis 'Muhammad' dalam bahasa Arab dalam keadaan terbalik.

"Soalnya, apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penganjur dalam festival ini melainkan berniat mahu menghina Islam? Lebih dari itu, mengapakah Datin Seri Rosmah Mansor terlibat secara langusng merasmikan dan menaungi festival ini.

"Ia pasti akan memburukkan imej Malaysia di mata dunia Islam yang lain memandangkan ia melibatkan nama perdana menteri Malaysia sendiri," kata Herman dalam memorandum tersebut.

Dalam memorandum itu juga, Herman juga turut menyenaraikan aduan mereka mengenai konsert penyanyi 'gay' Adam Lambert yang didakwa "tidak wajar diadakan".

Sehubungan itu, Herman meminta agar Jakim mengambil peranan bersungguh-sungguh serta melibatkan diri secara langsung sebagai penasihat syariah terhadap mana-mana program rasmi yang dianjurkan dalam negara serta melibatkan pemimpin negara.

"Justeru itu, di atas dua perkara ini DPPWP memohon agar Jakim memainkan peranan lebih aktif sebagai penasihat kepada kerajaan dan pemimpin negara agar tidak menganjurkan program maksiat atau terlibat dengan mana-mana program mungkar," kata Herman.

Sementara itu, dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Herman berkata Jakim perlu mengambil inisiatif untuk mengawal program yang tidak menepati syariat Islam.

"Kita minta Jakim memainkan peranan lebih besar memberi teguran kepada kerajaan," katanya.

Herman juga bersetuju dengan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin berhubung cadangan menubuhkan panel syariah sebelum pertunjukkan fesyen diadakan.

"Kita menyokong satu panel khusus (ahlinya) daripada wakil Jakim atau majlis fatwa kebangsaan.

"Kita tak halang festival fesyen. Buatlah, tapi mesti betul ikut cara Islam," katanya sambil menambah festival fesyen Islam dijangka sekali lagi akan diadakan di Kuala Lumpur pada 5 November depan.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan agar Jakim dinaik taraf sebagai satu kementerian kerana ia mempunyai bidang kuasa yang luas antaranya dalam bidang penguatkuasaan.


26 Oktober 2010

Kecaman Islamic Fashion Show Rosmah oleh Parlimen USM

Bookmark and Share

Memorandum Pengecaman Penganjuran Festival Busana Muslim Atau Dikenali Sebagai Islamic Fashion Festival (IFF) Kepada
Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Festival Busana Islam.

Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri,


Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia merupakan Parlimen Mahasiswa pertama di Malaysia telah bersidang buat kali yang pertama pada 23 Oktober 2010 yang lalu. Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia ini diwakili oleh 39 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia dan 19 ahli yang terpilih daripada Yang Di-Pertua persatuan-persatuan/ kelab-kelab/ sekretariat-sekretariat yang berdaftar di bawah Universiti Sains Malaysia telah bersetuju sebulat suara tanpa perbahasan iaitu menerima usul tergempar mengecam penganjuran Festival Busana Muslimah atau dikenali Islamic Fashion Festival (IFF).

Pengecaman Festival Busana Islam ini juga meletakkan kami, Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia antara senarai Badan Bukan Kerajaan (Non-Government Organization), parti politik dan orang perseorangan lain yang turut membuat kecaman dan bantahan atas isu tersebut.

Pertamanya kami mengecam penganjuran ini adalah kerana konsep yang dibawabertentangan dengan syariat Islam dan menghina agama Islam. Jelas terpampang di dada-dada akhbar online, dalam salah satu fesyen yang diketengahkan didapati bahawa terdapatnya nama Nabi Muhammad S.A.W pada pakaian yang tidak menepati syariat Islam dengan pendedahan  aurat. Pada festival tersebut, beberapa perkataan “Muhammad” dalam tulisan Arab ditulis secara terbalik dan dicatit di dada pakaian salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat dan tindakan ini sememangnya menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Justifikasi kami yang kedua adalah berkenaan Festival Busana Islam yang memperagakan fesyen yang tidak sesuai dengan budaya penganjuran festival ini secara terang melanggar Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu antara lain menetapkan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan dan berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Justifikasi Dewan Perundingan Pelajar yang ketiga adalah berdasarkan kenyataan yang jelas Al-Quran dalam Surah An-Nur Ayat 31 yang bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

dan Surah Al-Ahzab Ayat 33 dengan terjemahan ringkas :
“..dan janganlah mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah zaman dahulu..”

Perlaksanaan Festival Busana Islam jelas tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam ayat Al-Quran yang diutarakan. Justeru pihak Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia menuntut agar:
  1. Pihak penganjur tampil memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, memberi penjelasan atas penganjuran Festival Busana Islam dan mengistiharkan bahawa festival yang dianjurkan itu bukanlah ‘islamik’
  2. Mendapatkan khidmat panel penasihat syariah untuk Festival Busana Islam yang terdiri daripada Ulama’ dan Mufti-Mufti agar fesyen yang diketengahkan tidak bertentangan dengan syariat Islam sekiranya mahu diteruskan penganjuran.
  3. Memastikan Festival Busana Islam ini diketengahkan dengan cara yang berbeza bukan seperti pertunjukan fesyen yang kerap kali diadakan. Wanita dalam Islam adalah golongan yang harus dipelihara dari pelbagai aspek dan bukan untuk dipamerkan dihadapan khalayak ramai.
  4. Memastikan segala etika dan tuntutan-tuntutan syarak berkenaan dengan aurat lelaki atau wanita dipenuhi dalam penganjuran Festival Busana Islam dengan tiada percampuran diantara lelaki dan wanita.
  5. Sekiranya perkara tuntutan diatas tidak dipenuhi, pihak penganjur mesti menggugurkan perkataan ‘ISLAM’ dan tidak mengaitkan Festival Busana ini dengan Islam.
Harus ditegaskan bahawa Dewan Perundingan Pelajar tidaklah menolak sebarang penganjuran festival yang ingin dianjurkan namun ianya haruslah dipastikan selari dengan syariat yang telah ditetapkan. Bahkan kami menyokong dan akan berusaha mempromosikan mana-mana festival islam yang berada diatas landasan syariat.

Yang menjalankan tugas,


MOHAMMAD SHAFIQ BIN ABDUL AZIZ

Speaker,
Dewan Perundingan Pelajar sidang 2010/2011,
Parlimen Mahasiswa
Universiti Sains Malaysia.


sk.  YAB Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

        Senator Mejar Jeneral(B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama Islam)

        YB Datuk Seri Mohd Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

        Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.


25 Oktober 2010

Islamic Fashion Festival Calar Kehormatan Orang Islam

Bookmark and Share



Kita sering mendengar berkenaan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W ini hanya terjadi di kalangan orang-orang kafir sahaja. Ini kerana mereka sendiri tidak berpuas hati dan bersetuju dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W . Mereka juga sentiasa mencuba pelbagai cara

dan wasilah untuk menunjukkan rasa benci mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Apa yang menyedihkan lagi, perbuatan sekutuk ini bukan hanya didominasi oleh orang kafir sahaja, malah sekarang ini orang Islam sendiri juga bersubahat dan tidak ketinggalan untuk turut sama menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan tanpa disedari.

Baru-baru ini heboh berkenaan penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion Festival yang kononnya ingin memperagakan pemakaian secara Islam yang sebenar, tetapi malangnya disebalik niat baik tersebut terdapat unsur-unsur yang menghina kemulian junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di tempat yang tidak selayaknya.

Jika kita melihat kepada gambar di atas, kelihatan seorang model yang memperagakan pakaiannya dan di dadanya terdapat tulisan nama Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis dalam keadaan terbalik. Suasana bertambah buruk lagi apabila model tersebut tidak menutup aurat sepertimana yang dikehendaki oleh syarak.

Adakah layak bagi seorang Nabi yang menjadi sanjungan ummat seluruh alam diperagakan sebegini rupa? Sudahlah nama yang mulia tersebut diletakkan pada tempat yang tidak sesuai, malah dihina pula dengan pakaian yang sedikit pun tidak menunjukkan ciri-ciri wanita muslimah berdasarkan tujuan asal festival tersebut di anjurkan.

Apa yang lebih memalukan lagi, penganjuran program sebegini rupanya didalangi oleh beberapa individu yang merupakan orang-orang besar dan berpengaruh dalam kepimpinan di Malaysia.

Adakah layak bagi sikap kepimpinan sebegini mendapat tempat dan sanjungan daripada masyarakat? Perbuatan sebegini sungguh memalukan dan mencalarkan nama baik Islam itu sendiri dengan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menganjurkan dan memberi sumbangan bagi menjayakan majlis yang menimbulkan rasa kemarahan ummat Islam seluruh dunia amnya dan secara khusus di Malaysia.

Berdasarkan isu ini eloklah kita melihat dari segi pandangan syarak berkenaan permasalahan ini seperti berikut :
1) Ciri-ciri pakaian muslimah yang sebenar
2) Hukum menghina Nabi S.A.W.

1) Ciri-ciri pakaian muslimah yang sebenar

Menurut ayat Al-Quran dalam suran An-Nuur Allah S.W.T berfirman :



Maksudnya : “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka;

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,

atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”. ( Surah An-Nuur, Ayat 31 ).

Berpandukan ayat ini jelas kepada kita, menunjukkan cara pakaian muslimah sebenar yang dituntut oleh Islam adalah seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran di atas. Jika kita melihat kepada majlis yang dianjurkan pada baru-baru ini adakah ia memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Islam?

Malah model tersebut memperagakan pula kepada penonton yang sudah pasti tiada hubungan kekeluargaan yang dibolehkan oleh syarak untuk melihatnya. Dan kebiasaannya,

pertunjukkan fesyen ini jelas terdapatnya unsur-unsur maksiat kerana sama ada ia diperagakan oleh seorang model perempuan mahupun seorang lelaki, ia merupakan suatu perkara yang boleh menaikkan syahwat kepada sidang penonton yang melihat aksi model-model tersebut. Maka perbuatan ini jelas haram di sisi jumhur ulamak.

Nas Ulamak Berkenaan Pengharaman Tersebut :

1) Berkata Imam Muhammad Amin Ibn ‘Abidin dalam kitabnya Hashiyyah Ibn ‘Abidin : “Tidak dibolehkan melihat sesuatu sudut pun dari bentuk badan seorang wanita yang ajnabi, kerana pengharaman melihat itu kerana takut timbulnya fitnah disebabkan perhiasan yang terdapat pada tubuh badan seorang wanita. ( Hashiyyah Ibn ‘Abidin, jilid 3, m/s 261 ).

2) Berkata As-Syeikh Al-‘Adawi dalam kitabnya Hashyiah kepada Syarah Al-Kharasyi : “Tidak dibolehkan bagi seorang wanita muslimah menunjukkan perhiasan tubuh badannya kepada orang kafir, walaupun wajah dan kedua tapak tangan bukanlah aurat pada asalnya”. ( Hashiyyah Al-‘Adawi, juzuk 1, m/s 347 ).

3) Berkata Imam An-Nawawi dalam kitabnya Majmuk : “Apabila melihat seorang lelaki kepada wanita yang ajnabiah dengan tanpa sebab yang munasabah, maka di haramkan kepadanya untuk melihat walaupun tidak melihat kepada aurat pelempuan tersebut”. ( Majmuk, juzuk 16, m/s 138 ).

Ini antara beberapa pandangan ulamak berkenaan pandangan seseorang kepada wanita, dan di sini jelas berlaku unsur-unsur kemaksiatan ketika festival tersebut sedang berlangsung. Umumnya di sini, pengharaman aktiviti memperagakan fesyen adalah sangat jelas, kerana banyak batas-batas agama yang tidak dijaga dalam majlis tersebut, seperti :

1) Peraga fasyen lelaki / wanita mendedahkan aurat kepada sidang penonton.
2) Percampuran antara lelaki dan perempuan dalam majlis tertutup yang boleh menimbulkan fitnah.
3) Membangkitkan syahwat sidang penonton ketika melihat model mengenakan pakaian yang menjolok mata.

Semua ini secara pastinya berlaku ketika majlis tersebut berlangsung, maka majlis ini secara dasarnya adalah dilarang oleh syarak berdasarkan dalil yang telah dilampirkan di atas. Setelah kita mengetahui tentang pengharaman festival tersebut yang mempunyai unsur-unsur maksiat,

jadi bagaimana pula hukum berkenaan dengan salah seorang daripada model ketika memperagakan pakaiannya yang tertulis nama Nabi Muhammad S.A.W secara terbalik di dadanya?

Adakah ini dikatakan sebagai fasyen yang berbentuk islamik, tetapi melihat kepada pakaian model tersebut tidak melambangkan ciri-ciri pemakaian muslimah yang sebenar? Perkara ini jelas salah satu penghinaan terhadap Islam dan menghina Rasulullah S.A.W itu sendiri dengan meletakkan sesuatu yang mulia di tempat yang hina dengan melakarkan nama baginda di pakian yang sedemikian.

2) Hukum Menghina Nabi S.A.W

Mengenai hukum penghinaan Nabi ini suatu hukum yang dibahas panjang oleh para ulamak, kerana ia berkait dengan masalah akidah. Jumhur ulamak bersepakat bahawa,

"walaupun sesorang itu mengakui bahawa Allah S.W.T itu tuhan yang patut di sembah, tetapi tidak beriman dengan Rasulnya, maka ia tetap dikira sebagai seorang yang kufur dari sudut pandangan Islam".

Ini menunjukkan bahawa nilai seorang Rasul menurut pandangan syarak. Berdasarkan kemuliaan ini, adakah layak bagi mereka yang cuba untuk mempersendakan Nabi yang telah banyak berjasa kepada ummat Islam seluruhnya sebegitu rupa?

Menurut pandangan Ulamak terhadap penghinaan Nabi boleh di ringkaskan seperti berikut :

Penghinaan Daripada Orang Islam

1) Berkata Qadhi E’yadh : “Telah bersepakat sekalian ulamak bahawa membunuh dikalangan orang Islam yang mencerca dan menghina Nabi S.A.W”. (As-Syifa’ Bi Ta’rif Huquq Al-Musthofa, jilid 2, m/s 211).

2) Berkata Abu Bakar Ibn Al-Munzir : “Sepakat para ahli ilmu bahawa menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang menghina Rasulullah S.A.W”. (Tabqaat As-Syafi’ah Al-Kubra, jilid 3, m/s 102).

3) Berkata Abu Sulaiman Al-Khattabi : “Aku tidak mengetahui bahawa ada pendapat yang berbeza pada menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang Islam menghina akan Nabi Muhammad S.A.W”. (Mukhtasar As-Sunan, juzuk 6, m/s 199 ).

Hukum Menghina Nabi S.A.W Berdasarkan Qias

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W :

"من بدل دينه فاقتلوه"

Maksudnya :
“Sesiapa yang menukar agamanya ( Islam ) maka bunuhlah ia” . (Sahih Imam Al-Bukhari, no hadis 3017 dan 6922, hadis riwayat Ibnu ‘Abbas).

Menurut pandangan Ulamak, bahawa seseorang yang menghina Nabi itu juga dikira sebagai orang yang murtad, dan hukumnya juga sama seperti hukuman yang di jatuhkan ke atas orang yang murtad iaitu bunuh. Ini kerana perbuatan menghina Nabi S.A.W lebih teruk berbanding orang yang murtad sahaja. ( As-Saif Al-Maslul ‘Ala Man Sabba Ar-Rasul, m/s 151 ).

Inilah sebahagian dalil yang menunjukkan bahawa jenayah penghinaan Nabi ini amat berat sehingga boleh melucutkan akidah seseorang muslim. Adapun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada pesalah untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang sebenar dan berazam agar tidak mengulangi semula perbuatan tersebut.

Ini juga berdasarkan qias bagi pesalah yang murtad dari agama Islam, dan masa yang diberikan selama tiga hari untuk seseorang itu bertaubat.

Berkata Muhammad Bin Shahnun daripada Ibn Qasim :

يُدعى المرتد إلى الإسلام ثلاث مرات, فإن أبَىٰ ضرب عنقه.

Maksudnya :
“Orang yang murtad diseru kembali kepada Islam sebanyak tiga kali, jika ia masih enggan maka pancunglah lehernya”. ( Al-Musannaf, juzuk 10, m/s 127).

Dalil Penerimaan Taubat

1)

Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( surah Az-Zumar, ayat 53).

2)

Maksudnya : “Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum Yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan Bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata.

dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum Yang zalim. mereka itu balasannya ialah Bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman). mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian;

kecuali orang-orang Yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( Surah Ali Imran, ayat 86-89 )

Berdasarkan nas ini, ia menjadi dalil kepada penerimaan taubat bagi mereka yang murtad, dan secara umumnya jenayah penghinaan terhadap Nabi S.A.W juga termasuk di dalam ayat tersebut, berpandukan qias yang dinyatakan sebelum ini. ( As-Saif Al-Maslul ‘Ala Man Sabba Ar-Rasul, m/s 175).

Kesimpulan daripada perbahasan di atas, isu yang telah berlaku ini bukanlah suatu perkara yang remeh dan jarang berlaku dalam masyarakat kita, malah perkara tersebut sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Kita mengharapkan kepada kepimpinan Islam yang berani menyatakan kebenaran dan membanteras kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita, tapi malangnya festival yang penuh berprestij ini rupanya didalangi oleh kepimpinan yang mempunyai suara di Negara kita.

Kami penuntut di timur tengah menuntut dan mendesak agar pihak kerajaan meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Islam di Malaysia atas kejadian yang menjatuhkan maruah ummat Islam dengan penganjuran Islamic Fashion Show ini.

Kami juga berharap agar kepimpinan kembali ke pangkal jalan, memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan, agar perkara sedemikian tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.




24 Oktober 2010

Bila Ulamak jadi tukang kipas!!

Bookmark and Share



KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu. 

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.


23 Oktober 2010

Ulamak UMNO pertahankan Rosmah, kesian dah sesat rupanya!!

Bookmark and Share

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.

"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya.


Laman Facebook mendesak Rosmah mula capai 35 ribu pengikut

Bookmark and Share



Sebuah Laman Facebook  yang menuntut Rosmah Mansur agar meminta maaf kepada seluruh umat Islam berikutan beliau sebagai penaung Islamic Fashion Show .  Laman facebook ini dibuka pada 20/10/2010 pada pukul 6.46 petang meletakkan sasaran seramai 100 000 pengguna facebook diMalaysia untuk menyokong dan mendesak Rosmah Mansur mohon maaf kepada umat Islam dan berharap penganjuranya dihentikan dengan segara.Setakat pukul 5.48 pagi 23/10/2010 laman ini berjaya menarik pengikut seramai 35,888 orang dan dijangka akan bertambah dari masa kesemasa dan mencapai sasaran 100 000 orang pengikut dalam beberapa hari lagi. Rata-rata kebanyakan ulasan yang dibuat oleh pengunjung laman ni mengkritik tindakan Rosmah yang dilihat cuba mengembangkan Ideanya wanita Islam Liberal dengan penganjuran Islamic Fashion show yang dilihat menghina Islam dengan aurat terdedah dan juga baju bercorak kalimah Nabi Muhammad s.a.w secara terbalik.

( akan di update)


Mempersendakan Islam, setaraf dengan Fitna,&Salman Rushdi hina Islam- Ustaz Zaharuddin

Bookmark and Share


Awasi Islamic Fashion Show
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman




'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.
Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.
Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-
  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia  agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.
Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensiveatau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.
Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا 
Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)
Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI
Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.
Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.
Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt
وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.
Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam. 
Justeru, ingatan buat  penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.
PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS
Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.
Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.
Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.
Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.
Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.
Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion showini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.
Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :
إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت
Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)
Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..
JATUH MARUAH
Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.
Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.
Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.
Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya
Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',
Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,
Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,
Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.
MENGAPA BARU SEKARANG?
Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel  di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.
Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.
Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.
Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.
Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.
JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM
Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.
Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.
Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.
Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.
Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.
Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
22 Oktober 2010