Memaparkan catatan dengan label Serawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Serawak. Papar semua catatan

16 April 2011

TERIKINI: LIVE UPDATE PRN SARAWAK.

Bookmark and Share

12:17
admin: N22 Sadong Jaya - 60% jumlah pengundi di UPU Kg Pelandok Laut sudah menunaikan tanggungjawab

11:48

prkpas: N24 Beting Maro : Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.

Tiada kakitangan atau pekerja parti yang kelihatan berkempen. Keadaan dilaporkan tenang dan lancar.

11:43

 

Pondok panas di UPU Kg. Pelandok Laut

11:38

prkpas: N24 Beting Maro : Calon PAS baru sahaja keluar dari pusat mengundi SK Pusa hilir. Jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini 60%

11:26

admin: N3 Tanjong Datu -Calon PAS melawati UPU Stunggang bersama YB Dr Zulkefly Ahmad. Berlaku sedikit kekecohan dan perang mulut, maklumlah kubu BN di situ. Kini calon menuju kepada UPU Stoh dan Rambungan. Kedua-dua pusat pengundian akan ditutup jam 12 ini.

11:25

prkpas: N22 Sadong Jaya - Di UPU Kg Pelandok keadaan agak tenang. Terdapat cuma 296 pengundi sahaja di UPU ini dan dijangkakan proses buang undi di UPU ini akan berakhir pada pukul 2 petang.

PAS juga berjaya mendirikan pondok panas di situ.

11:18

prkpas: N24 Beting Maro - Calon PAS kini berada di UPU SK Pusa. Seramai 973 pengundi sudah keluar mengundi.




11:08

 
Pengundi sedang berbaris di UPU Kg Pelandok



11:05

prkpas: N22 Sadong Jaya : Harapan besar untuk menang di Dun ini berdasarkan culaan dan ramah mesra bersama pengundi di mana ramai dikalangan mereka memberi respond yang positif terhadap calon PAS.

10:33

admin: N3 Tanjong Datu - Seramai 253 pengundi daripada jumlah 319 pengundi di UPU Kg Sebemban sudah menunaikan tanggungjawab. Pusat pengundian dijangka tutup jam 1 petang ini.

10:12

admin: N3 Tanjong Datu - Calon PAS baru selesai melawat UPU Sekambal. Seramai 141 pengundi sudah membuang undi daripada 464 jumlah pengundi di situ. Calon menuju ke UPU Kg Sebemban, Sek Men Keb Lundu. Jumlah pengundi yang berdaftar di situ seramai 319.

10:07

admin: N24 Beting Maro - Calon PAS selesai mengadakan lawatan di SMK Beladin, SK Pinang dan SK Semarang

9:56

prkpas: N15 Muara Tuang : Cuaca kelihatan mendung tapi tidak menghalang pengundi keluar untuk mengundi. Kelihatan pengundi semakin ramai keluar untuk menunaikan kewajipan masing-masing.

9:46

 
Foto : Malaysiakini

9:39

admin: Sejumlah 213 orang calon ber tanding bagi merebut 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri Sarawak yang ke 10

9:31

prkpas: N24 Beting Maro - Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka.

Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro. Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.

9:29

prkpas: N24 Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai.

9:18

admin: N3 Tanjong Datu - Calon PAS berada di UPU Seling, Sekolah Kebangsaan Bumiputera Lundu. Seramai 904 pengundi berdaftar yang layak mengundi di sana.

9:17

prkpas: N22 Sebuyau : Cuaca di Dun Sebuyau dilaporkan mendung.

Terdahulu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR, meluluskan peruntukan sejumlah RM45 juta bagi mengadakan pilihan raya negeri Sarawak kali ini untuk keperluan logistik. (24 helikopter, 4,124 kenderaan pacuan empat roda, 919 perahu panjang dan 63 bot laju)

8:40

prkpas: Tidak terkecuali pasukan Unit Amal PAS yang siap siaga untuk bertugas mengawal keselamatan petugas parti, bilik gerakan dan pengundi.

8:39

prkpas: Petugas jentera PAS sudah mula mengambil posisi kerja masing-masing sejak awal pagi lagi. Mereka kelihatan bersemangat bertugas bagi memenangkan calon PAS.

8:38

admin: N3 Tanjong Datu - Calon PAS, mula bergerak meninggalkan pusat mengundi dan menuju ke UPU Perigi. Seramai 151 pengundi berdaftar di UPU Perigi.

8:34

prkpas: N24 Beting Maro : Calon PAS sedang melawat di pusat membuang undi SMK Beladin

8:34

admin: N3 Tanjong Datu - Calon PAS berada di UPU Pueh. Suasana tenang dan sehingga kini lebih 150 orang daripada jumlah pengundi 416 sudah membuang undi di UPU ini.

8:29

prkpas: Setakat suku keempat 2010, seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Daripada jumlah itu, 961, 433 adalah pengundi biasa manakala 18,363 pengundi pos.

8:25

prkpas: Untuk pilihan raya Sarawak kali ini membabitkan 1,749 pusat mengundi dan 2,561 saluran pengundian.

8:13

admin: N3 Tanjong Datu - Calon PAS sedang menuju ke UPU Sebat. Ada seramai 380 pengundi berdaftar yang layak mengundi di sana.

8:05

admin: N3 Tanjong Datu - Calon PAS Nani Sahori melawat UPU Sematan. Jumlah pengundi di UPU Semantan seramai 817 orang

7:51

 


7:49

admin: N22 Sebuyau - Perlawanan tiga penjuru
1. Haji Adam bin Ahid (PAS)
2. Julaihi Narawi (BN-PBB)
3. Ali bin Semsu (Bebas)

Pilihan raya negeri 2006, menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek. Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448 undi.

Jumlah Pengundi: 8,042
Malay/Melanau: 64.26%
Chinese: 3.85%
Iban: 31.77%
Bidayuh: 0.11%

7:48

prkpas: Statistik Pengundi Muara Tuang:

Jumlah Pengundi: 18,820

Malay/Melanau: 52.65%
Chinese: 15.63%
Iban: 18.85%
Bidayuh: 11.45%
Others: 0.42%

7:46

prkpas: N15 Muara Tuang : Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

7:46

prkpas: N15 Muara Tuang : Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat.


7:45

 



7:43

prkpas: N15 Muara Tuang : PAS meletakkan calon wanita di N15 Muara Tuang, Noraini Hamzah yang akan menghadapi tentangan dari BN-PBB yang diwakili oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.


7:39

 

7:37

admin: N20 Sadong Jaya - perlawanan tiga penjuru
1. Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi (PAS)
2. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
3. Mahayudin Wahab (Bebas)

PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.
Jumlah Pengundi: 7,656 Malay/Melanau: 82.84% Chinese: 7.64% Iban: 9.42% Orang Ulu: 0.01% Others: 0.09%

7:31

admin: N3 Tanjung Datu - Statistik Pengundi:

Jumlah Pengundi: 7,936
Malay/Melanau: 53.06%
Chinese: 19.63%
Iban: 17.34%
Bidayuh: 9.97%


7:29

admin: N3 Tanjung Datu - Pada pilihan raya negeri tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).


7:28

 

7:24

admin: N3 Tanjung Datu - perlawanan tiga penjuru
1. Tan Sri Adenan Satem (BN)
2. Nani Sahori (PAS)
3. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)

7:22

prkpas: Pada pilihan raya negeri 2006 sebelum ini N24 Beting Maro dikuasai BN melalui calon mereka Bolhassan Haji Di.

7:21

prkpas: Beting Maro mempunyai komposisi kaum Melayu/Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.


7:20

 

7:15

prkpas: Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN, Razaili Gapor sekaligus menyaksikan perlawanan satu lawan satu bagi Dun Beting Maro.

7:03

prkpas: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini bakal menyaksikan 5 kerusi DUN yang dipertandingkan PAS iaitu N3 Tanjung Datu, N15 Muara Tuang, N20 Sadong Jaya, N22 Sebuyau dan N24 Beting Maro.


18 Mac 2011

Bible Melayu : UMNO dan seruan zaman Jahiliyyah

Bookmark and Share

Bible Bahasa Melayu: Di Antara Kepimpinan dan Ketuanan




Saya mengikuti isu ini dengan penuh kehairanan. Alasan-alasan yang diberi hanya menunjukkan betapa Pemimpin UMNO begitu keliru dan tidak memahami Islam. Apa yang lebih memburukkan ialah dalam kekeliruan ini mereka turut mengelirukan masyarakat Melayu melalui sikap-sikap mereka yang ekstrim dan songsang. Mari kita kaji alasan-alasan ini satu per satu dan memikirkan bersama sejauhmana ianya munasabah.


Alasan Pertama – Penggunaan Kalimah Allah

Sepertimana yang sering saya jelaskan sebelum ini, tidaklah menjadi satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan pencipta dan pemilik alam. Hakikat ini terbukti berdasarkan begitu banyak ayat-ayat Al-Quran dan juga Hadith-hadith Rasulullah (SAW).


Alasan Kedua – Haramnya Ungkapan 'Al-Masih (Isa) Anak Allah'

Ini merupakan alasan yang lagi dangkal! Dari kecil lagi kita semua sudah difahamkan bahawa kepercayaan orang-orang Nasrani adalah Nabi Isa (AS) merupakan anak Tuhan. Dan oleh kerana Allah adalah Tuhan maka ini bermaksud bahawa Nasrani menganggap Isa adalah anak Allah. Itu adalah kepercayaan mereka dan memanglah sebagai orang Islam kita tidak bersetuju. Tetapi kita tidak boleh melarang orang Kristian atau Nasrani berkepercayaan sebegitu. Itulah yang dikatakan kebebasan beragama.

Ianya bertambah pelik apabila kita tahu bahawa di dalam Al-Quran sendiri kepercayaan ini disebut Allah supaya ummat Islam faham apa yang membezakan kepercayaan Nasrani dengan kepercayaan orang Islam. Malahan, lebih dari itu, Al-Quran juga menyentuh kepercayaan-kepercayaan lain orang Nasrani dan Yahudi berhubung Allah. Saya senaraikan tiga contoh disini untuk rujukan pembaca.


“Berkata orang Yahudi, “Uzair anak Allah” dan berkata orang Nasara “Al-Masiih anak Allah”…..
(Surah At-Taubah ayat 30)

“Telah menjadi kafir mereka yang berkata “Sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Maryam”..
(Surah Al-Maaidah ayat 72)

“Telah menjadi kafir mereka yang berkata “Sesungguhnya Allah adalah yang ketiga dari tiga”….
(Surah Al-Maaidah ayat 73)

Ayat-ayat di atas menunjukkan kalimah Allah digunakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani dan bahawa kepercayaan mereka itu yang ditolak Allah, telah wujud sebelum zaman datangnya Rasulullah (SAW).

Maknanya kita membantah orang Nasrani menyebut sesuatu yang Allah sendiri nyatakan dalam Al-Quran sebagai fahaman dan kepercayaan orang Nasrani. Sekiranya kita ingin ungkapan itu diharamkan, silap-silap ianya akan melibatkan ayat Al-Quran yang turut menggunakan ungkapan yang sama!

Lagipun, dengan dinyatakan sebegitu oleh masyarakat Nasrani, ia sebenarnya mengesahkan apa yang dinyatakan dalam Al-Quran berhubung kepercayaan mereka itu.


Alasan Ketiga – Ianya akan Menyebabkan Orang Melayu Ramai Murtad

Ini bagi saya satu penghinaan terhadap ummat Islam. Inilah yang sedang digambarkan oleh UMNO. Saya pernah menyebut di dalam satu majlis bahawa UMNO menganggap keimanan ummat Islam adalah senipis kulit bawang! 

Mereka membuat andaian ini, mungkin, kerana mereka merujuk kepada diri mereka sendiri! Andaian bahawa orang Islam akan berduyun-duyun memeluk agama Nasrani apabila Bible Bahasa Melayu wujud merupakan satu andaian yang tidak berasas. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa Bible tersebut adalah untuk kegunaan orang Nasrani dan bukan untuk edaran dikalangan orang Islam.

Tanggapan begini mungkin juga disebabkan kesedaran UMNO bahawa mereka telah berusaha dan agak berjaya menjadikan ummat Islam jahil agama. Ummat Islam tidak mengenali dan memahami Islam dengan sebaik mungkin, hasil dasar sekular UMNO BN selama 54 tahun, maka dirasakan ummat Islam akan mudah terkeliru. Kekhuatiran UMNO adalah bukti bahawa UMNO sendiri menyedari pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap ummat Islam dengan menjadikan ummat Islam lemah kefahaman agaman mereka sendiri. Yang kerap diajar para ustadz UMNO adalah bab Taharah, Solat, Saum, Zakat dan Haji. Diselang selikan dengan bab Haid dan Nifas serta mandi Junub. Bagi mereka itulah Islam.

Sekiranya kukuh kefahaman ummat Islam berhubung Aqeedah Islam dan kebenaran Tauhid, disebut Al-Masiih anak Allah dalam apa bahasa dan berapa ribu kali sekalipun, ianya akan hanya menambahkan keyakinan ummat Islam akan kebenaran Islam.

Dengan menggambarkan keimanan ummat Islam senipis kulit bawang, UMNO telah menghina ummat Islam dan Islam itu sendiri. Mereka menggambarkan Aqeedah Islam rapuh, tidak mampu dipertahankan dan mudah dimusnahkan oleh agama lain. UMNO seolah-olah menggambarkan bila nampak kuil, ummat Islam akan jadi Hindu, kalau nampak Gereja, ummat islam akan menjadi Kristian! Demi mempertahankan Aqeedah Islam, tiada pilihan selain terpaksa menyekat dan melarang kebebasan beragama ummat lain!

Sebenarnya di negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak, di mana Bible berbahasa Melayu telah lama wujud, kita tidak melihat perkara yang seperti yang diramalkan berlaku. Malahan jumlah ummat Islam di kedua-dua Negeri ini semakin bertambah.


Apa Sebenarnya yang Dihajati?

Oleh itu, apakah sebenarnya yang dihajati UMNO. Sebenarnya mereka ingin memberikan gambaran kepara rakyat bahawa merekalah yang memperjuangkan dan membela Islam. Bukan dengan menghayati Islam, mengamalakannya dan membenarkannya mencorakkan perwatakan dan keperibadian mereka, tetapi dengan menunjukkan kesamsengan atas alasan mempertahankan Islam. Larang orang bukan Islam dari melakukan ini dan itu sebagai bukti orang Melayu bawah UMNO ada kuasa, walaupun yang dibuatnya dilarang oleh Islam sekeras-kerasnya. Mereka ingin menunjuk Melayu berkuasa dan meraka adalah tuan di bumi ini! 

Ini bagi saya adalah di antara seruan zaman Jahiliyyah.

Itulah yang dibezakan Tuan Guru Ustad Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan membahas titah di raja di Parlimen baru-baru ini. TG Ustad A.Hadi menyebut, UMNO memperjuangkan ‘ketuanan’, PAS memperjuangkan ‘kepimpinan’. 

Bila ‘tuan’ maknanya kehendaknya dipaksa atas masyarakat dan walaupun sesuatu tindakan itu buruk, ianya terus dilakukan kerana dia berkuasa, dia tuan. Perjuangan ‘tuan’ ini perjuangan yang berasaskan nafsu dan biasa dikalangan manusia yang tidak mempunyai akal yang waras apatah lagi petunjuk.

‘Kepimpinan’ sebaliknya adalah diperolehi atas sebab dia yang terbaik; menjadi ikutan kerana keadilannya dan kebenarannya. PAS memperjuangkan kepimpinan Islam, berusaha menzahirkan kelebihan dan kebenaran Islam sehingga manusia melihatnya dan meyakini mereka akan selamat di bawah naungannya, samada mereka Muslim atau bukan Muslim. 

Sememangnya, inilah yang membezakan kami.


Bible Bahasa Melayu (Indonesia) Dikembalikan

Akhirnya, selepas kecoh berbulan-bulan lamanya, Bible Bahasa Melayu diserahkan kembali kepada masyarakat Kristian. 

Saya yakin ianya adalah atas sebab Pilihanraya Negeri Sarawak sudah menjelang tiba. Dari segi sikap UMNO, ianya tetap tidak berubah. UMNO masih tidak faham dan tetap menganggap ‘ketuanan’ adalah apa yang perlu diperjuangkan. Ummat Islam kekal dikelirukan dan diapi-apikan dan dikatakan pula bible berkenaan telah dirosakkan oleh mereka yang menyimpannya setelah ianya disitar. Inilah akibat semangat samseng yang dihasilkan ‘ketuanan’. Mereka tidak ingin ‘kepimpinan’ iaitu membuktikan dan menzahirkan keadilan Islam, mereka tidak sedar pun bahawa Islam menuntut mereka bersikap adil. Oleh itu mereka tidak sama sekali mengambil peduli sekiranya tindakan mereka merosakkan imej Islam dan menjadikannya kelihatan zalim dan tidak mampu berdaya-saing.

Adalah diharap ummat Islam akan keluar dari kejahilan mereka terhadap ajaran agama Islam itu sendiri dan memahami, tugas kita sebagai ummat Islam adalah untuk mendapatkan ‘kepimpinan’, bukan ‘ketuanan’.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

www.khalidsamad.com