Calon Pas PRK Besut- Che Long ~ Pro Pas Blog

09 Julai 2013

Home » , , » Calon Pas PRK Besut- Che Long

Calon Pas PRK Besut- Che Long

Bookmark and Share



Che Long, Calon PRK Besut, Azlan @ Endut Yusuf, Pilihan Raya Kecil Besut, Dun Besut
Bendahari PAS Besut, Azlan @ Endut Yusuf 
calon pas best, che long,  azlan yusoh
Calon Pas PRK Besut sedang ber baiah dengan presiden


PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut
. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.

Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.


Nama Che Long dijangka diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi. - 9 Julai, 2013.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih