Video Seks : Sah 100 % bukan Anwar Ibrahim ~ Pro Pas Blog

27 April 2011

Home » , , , , , , » Video Seks : Sah 100 % bukan Anwar Ibrahim

Video Seks : Sah 100 % bukan Anwar Ibrahim

Bookmark and Share


Ulasan GB

Terima kasih kepada pihak yang memuat-naik video itu di youtube kerana dengannya kita akan dapat melakukan penganalisaan yang lebih tepat mengenai lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.

Pembesaran imej-imej akan membuktikan  DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim.

Lihat:


Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar. 

Hanya si bengong yang tembel matanya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim!




'Papa Nurul Izzah Part II' Video seks bahagian kedua di Youtube


PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.

Klip video yang dipercayai mirip pemimpin pembangkang disiarkan menerusi laman youtube petang Rabu.

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun youtube wakparjosudorno.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera.

Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.

Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.

Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'. -mstar

-greenboc.blogspot.com



7 Ulasan :

Totok berkata... [Balas]

Ketepikanlah segala perkara yg belum tentu betul atau tidak tu. Yg penting umat Islam kena bersatu. Aku tak harapkan PKR... dia orang tu pun mcm UMNO punya perangai sbb mmg bekas UMNO yg terbuang. Lepas tu sanggup gadai agama Allah yg maha agung demi politik dan gadai prinsip!!! PAS pulak boleh bersekongkol dlm hal ni. Ngn lah PAS. Dah dihulurkan tangan utk bersatu tu terima sajalah demi kerana Allah swt. Ingatlah pesanan Allah... berpeganglah kpd tali Allah dan jgn kamu bercerai berai!!! Ini pergi berkawan dg DAP yg sejak azali anti- ISLAM tapi sekarang ni berpura- pura takde masalah dgn Islam. Siapa dulu kata dengan angkuh langkah mayat ku dulu sebelum nak menjadikan Malaysia negara Islam? Dan kita pulak melupakannya sbb kepentingan politik... MasyaAllah.

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Totok ..aku sokong kau..
Umat islam di msia kena brsatulah..smua manusia ada klmahannya baik umno, pkr maupun pas..

klau pakatan printah msia..korang pikir mcmana agknya..adkah betul2 adil dn saksama sbgaimna yg di perjuangkan??...
Contoh 1: Perak (masa Pakatan perinth), rasanya mastermind nya adalah DAP. mana pegi PAS, PKR..CINA LG..

Contoh 2:Pulau Pinang skrang..Pakatan perintah ..DAP jugak mastermindnya...mana dia peranan PAS dan PKR tk nmpak lansung suara2 perjuangkan ISLAM dan MELAYU..

Contoh 3 : Selangor, Pakatan Perintah..CINA juga mastermindnya mana dia suara2 perjuangan ISLAM dan MELAYU..

""DAP""" ..KATENYE ..PERJUANGKAN KETELUSAN DAN ADIL..
amendanya..cnth kes TBH..ada unsur rasuah, alibaba..pirrrrahhhh..

KELANTAN dan KEDAH OKlah diperintah ISLAM Melayu..yg katenya perjuangkan ISLAM..KELANTAN contohnya, berikan contoh pelaksanaan pemerintahan yg benar2 ISLAMIK..yg boleh dibangggakan dan menjadi contoh baik dr segi perundangan, ekonomi dan sosial..MUNGKIN BN BOLEH TERKEDU DAN TERKASIMA..

RASENYA.. sama je dgn negeri lain.. tk nmpk ISLAMIK PUN..

dr sg perundangan katenye tk blh buat alasan krjaan pusat

dr segi ekonomi utk utk orang islam..tk nmpk juga same je..

dr sg sosial rasenya sama juga dgn negeri lain dr sg masalah sosialnya.

KALAULAH PAKATAN MENANG PRU13 NANTI DN DAPAT PERINTAH MALAYSIA..DAN BERDASARKAN KPD CONTOH2 PEMRINTAHAN DIATAS TD ..KORANG BOLEH AGAK TK MCMANA PMRINTHAN NANTI??


LG SATU SI DSAI NI..TERLALU BNYK TUDUHAN2 LIWAT DAN ZINA TRHDPNYA.. YG PELIKNYA DLM BNYK2 TUDUHAN KORANG PIKIR KNPA SI DSAI TK DA SATU BUKTI ALIBI YG SAHIH YG ADA HANYA PENAFIAN SAJA BAIK DLM MHKMH ATAU PUN DILUAR MHKMH..SMUA BUKTI YG ADA SMUANYA KEARAH PMBUKTIAN PENDAKWAAN YG NMPK JELAS DAN MENYAKINKAN..

KALAULAH PAKATAN MENANG PRU13 NANTI DAN DSAI JADI PM DAN ANDAIKATALAH SGLA TUDUHAN2 TD ADALAH BENAR BELAKA..
FIKIRLAH......

KPD ... DSAI dan PENGIKUTNYA PERUNDANGAN DI MHKMH BUKANLAH PENGHAKIMAN YG MUTLAK..SEKIRANYA MENANG TK MESTINYA ANDA BENAR..

ANDA BERSUMPAHLAH.. ITULAH SAJA CARA YG ANDA ADA UTK MMBUKTIKAN YG ANDA TIDAK BERSALAH...

SEKIAN
AKU BUKAN UMNO

mns berkata... [Balas]

UMNO perintah P. Pinang dah lebih 50tahun. Apa yg depa buat. Dulu banyak tanah hak milik Melayu, sekarang mana pi.

Tanpa Nama berkata... [Balas]

nak ber satu dgn umno?????....
mana boleh nak ber satu dgn sekutu yahudi. umno tu sahabat syaitan... syaitan tu musuh islam. sedangkan pas ingin menegakkan islam. mana boleh nak menegakkan islam kalau bersekutu dgn syaitan.... tak akan berjaya lah.

Syaitan itu makhluk yg dilaknat Allah justeru itu jauhilah diri kamu dari syaita. a.k.a UMNO

Tanpa Nama berkata... [Balas]

sapa yg bersahabat dngn syaitan sbnarnya?
bersongkol dgn DAP yg trng2 tolak islam itu apa?
DAP itu sahabat syurga ke?
PAS cuma mletakkan dasar islam saje, tp pembawaannya bgmana? adakah cukup dgn dasar perjuangan islam sje, tp pembawaannya pnuh dgn makin hamun, fitnah dn brkawan dgn DAP yg jelas mnolak hukum islam sbgai dasar pemerintahan?
dan mletakkan calon perdana menteri jika menang pd seeorang yg bnyk skli isu moralnya, yg saya rase sbhagian org pas pun percaya isu trsebut...

skiranya pakatan menang sklipun sapa yg akn memrintah islam Hadi awang kah atau sape,
kalau pakatan menang yg majoriti nnti tentu DAP, bgmana pas hndk menegakkan hukum islam? dan akn mnjadi kmbali mnjadi kuda tunggangan sbgaimana di penang dan selangor skrang,
Dikala itu adakah PAS akn menyalak lagi dlm ceramah2 yg parti itu akn trus menegakkan hukum islam dlm pemrintahan sdngkan ape yg diidamkan utk perintah malaysia dah dapat?

KALAU PRU13 PAKATAN MENANG.. PEMERNTAHAN ALA2 PENANG DAN SELANGOR
DIDOMINASI OLEH DAP DAN MELAYU2 LIBERAL (TERANG2 TOLAK ISLAM SBGAI DASAR)

KALAU BARISAN MENANG PRU13..PEMERINTAHAN MASIH DIDOMINASI OLEH ISLAM MELAYU..

FIKIRLAH ..BUATLAH PILIHAN DGN PEMIKIRAN YG WARAS

SAPE YG BERSAHABAT DGN SYAITAN SEBENARNYA??????????

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Kepada pro anwar tu... udah- udah le, takkan asyik nak kena kencing dengan dia jee... dah hancing ni... korang tu orang pandai.. janganlah asyik kena tipu.. Tengoklah kedua-dua belah media, kemudian buatlah kesimpulan.. korang kan kata amalkan kebebasan media.. so jgnlah band.. baca semua.. baru terbuka minda tu

Tanpa Nama berkata... [Balas]

hai..tuhu ke demo parti pas.. kena sokonglah tak payah fikir banyak. orang pas tutup kepala belaka bini dia. molek ke dok?.. sebab tu kena sokong

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih