Video Seks: Pelacur China buat pengakuan, DSAI akan terperangkap ~ Pro Pas Blog

15 April 2011

Home » , , , , , , » Video Seks: Pelacur China buat pengakuan, DSAI akan terperangkap

Video Seks: Pelacur China buat pengakuan, DSAI akan terperangkap

Bookmark and Share



 video lucah, video seks, Fitnah III, DSAI, Anwar Ibrahim, Datuk Eskay, Datuk T, Datuk Eskay, umno,bn,najib,video fitnah,video lucah dsai,
Imej DSAI yng mana didakwa oleh blogger UMNO sama dengan imej lelaki mirip DSAI dalam video seks dari segi kedudukan postur badan

KUALA LUMPUR – Siasatan terkini ke atas video seks yang pelakunya seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang memasuki episod baru apabila polis mengesahkan telah merakamkan percakapan semua individu terlibat termasuk pelacur yang dikaitkan dalam kes tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, identiti pelaku dalam video seks berkenaan juga telah dikenal pasti selepas siasatan terperinci dilakukan oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai identiti pelaku dalam video seks itu kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan polis.

“Tidak kira di mana rakaman itu dirakam, yang penting kesahihan video itu penting. Imej itu tidak menggunakan teknik pertindihan.

“Identiti pelaku tersebut juga disahkan berdasarkan fakta-fakta yang kukuh,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.

Kosmo! pada 22 Mac lalu melaporkan tindakan sekumpulan tiga tokoh yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T membuat pendedahan mengenai rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China di sebuah hotel.-Kosmo

Simbol Misteri Yang Menggemparkan Rakyat Malaysia Kini Terjawab!!!


Artikel berkaitan-

Video Seks: Seribu Kemungkinan untuk esok-


*Seperti yng kita semua jangka, kemugkinan pelacur China akan buat pengakuan yng DSAI terlibat @ orang yang melakukan adegan seks bersamanya dan kemungkinan juga pelacur tersebut akan beri bukti2 tertentu dan ini menyebabkan DSAI terperangkap ditambah dengan keterangan polis bawa video tersebut tulen @ tidak guna teknik pertindihan serta polis akan mengesahkan jam tangan omega milik DSAI


11 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

memang dasar umno..........menjatuhkan maruah org melayu........betapa bodohnye dia org sangup menjatuhkan bangsa sendiri yg beragama islam......depa nie tak malu ke.cina india tepuk tgn tgk melayu sesama sendiri bergado.....betul betul umno nie tada maruah.......mudah mudahan sok bila mati allah tunjuk rupa mayat depa teruk pas tu baru laa geng geng depa sedar langit tu tinggi atau rendah............bodoh org uumno

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Yang penting adalah pengakuan diri sendiri atau 4 saksi yang baik. Yang lain tu tidak boleh jadi bukti yang sahih.Hukum Islam lebeh tinggi dari yang lain. Tiada bende bende ini ia boleh diperikaikan oleh sesiapa pun.

otaklunyai berkata... [Balas]

kesah Zulaikha dgn Nabi Yusof dah buktikan... Zulaikha tak dapat upah sesenpun boleh buat tuduhan terhadap Nabi Yusof.... inikan pulan seekor pelacur yg boleh diupah... udah2 le tu jadi bonggok dan tambah dosa fitnah orang....

Tanpa Nama berkata... [Balas]

yg pastinya pelacur cari makan secara haram diterima pengakuannya. Kebenaran berlandaskan Islam diketepikan. Ya Allah selamatkanlah kami dan bala bencana!

Tanpa Nama berkata... [Balas]

jika DSAI ditangkap marilah kita menunjukkan bantahan kepada pihak terlibat jangan bodohkan rakyat. rakyat perlu bangkit menentang kekejaman, terlalu banyak salah guna kuasa oleh polis yang sedia diperkuda oleh pihak pemerintah. sampai bila rakyat hanya mahu melihat sahaja. perlu ada demonstrasi aman seperti "bersih" menunjukkan rakyat tidak mahu diperbodohkan oleh pemerintah yang zalim.

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Politik Malaysia makin gila,terutama UMNO,rasanya Umno memang kena cari pemimpin2 baru yang benar2 bersih dan tidak bermasalah.macamana nak membela orang sekiranya org seperti najib,nazri ,khairi jamaludin,hishamudin,rahim tambi ini yang banyak skandal ini bercakap soal maruah.

kena selamatkan umno dengan menolak mereka yang banyak skandal.tidak adakah lagi individu2 yang bersih dalam umno???

Harris Sidhu Al-Hajj berkata... [Balas]

Kalau ye pun Anwar dalam video, polis mahu charge dia dibawah puruntukan mana? Dibawah Kanun Keseksaan, seks secara rela antara dua orang dewasa tidak menjadi satu kesalahan.
Jadi apa yang polis siasat?

Tanpa Nama berkata... [Balas]

@Harris Abdullah
undang-undang kafir "maybe" tak salah bro..ini org islam punye orang wooo..haram..unless that guy bukan muslim laaa..
pls check ur IQ..

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Pokoknya>> memang ya itu Datuk Seri Anwar Ibrahim!

insidewinme berkata... [Balas]

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Saya rasa elok saudara fokus dengan tajuk pro pas saiudara drp singkall citer pkr, umno etc. Pas perlu jadi perintis perpaduan org islam baik umno atau pkr, dan jadi penarik kafir kepada islam.pas perlukan keyakinan diri dan keberanian untuk bergerak sendirian, tidak menghatapkan pkr atau dap utk menunjuk arah. Percaya lah pas 2sangat kuat.
Pas dilihat sebagai parti pemarah,negatif,. Keras dengan saudara islam tapi lembut dengan kafir,tunduk kepada orang lain, hanya mampu menyalahkan orang lain tanpa Keberanian menyokong ataupun mengaku sesetengah perkara yg dilakukan orang lain dalah baik.
Jika pas berani meletakkan nama islam sebagai nama partinya, ia mestilah sanggup mempertahankan nya tanpa berat sebelah atau takut.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih