Tiada tanda si Taib Mahmud akan undur, rakyat Sarawak tertipu!! ~ Pro Pas Blog

12 April 2011

Home » , , , , , , , , , , , , , » Tiada tanda si Taib Mahmud akan undur, rakyat Sarawak tertipu!!

Tiada tanda si Taib Mahmud akan undur, rakyat Sarawak tertipu!!

Bookmark and Share

kekayaan taib, keluarga Taib, kroni taib, Taib Mahmud, kroni taib, kroni UMNO, kroni umno perompak, Tok Uban, taib, KM Sarawak, BN sarawak, BN, 1 Malaysia, PRN Sarawak, pilihanraya sarawak,
KUCHING, 11 April – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam “beberapa tahun lagi” - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.

Pengundian pilihan raya negeri akan diadakan Sabtu ini.

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib (gambar), beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan.

“Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,” kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini.

Najib juga hadir sama pada majlis malam ini.

Kenyataan Taib itu adalah bayangan pertama peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011.

Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Malam tadi, dilihat seolah-olah sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” katanya lagi.

Najib memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu.

Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

Taib turut menyeru generasi muda agar mempertahankan semangat 1 Malaysia yang subur di Sarawak.

Beliau juga mahu hubungan antara Sarawak dengan Semenanjung terus diperkukuhkan dengan sikap politik yang matang. TMI


Simbol Misteri Yang Menggemparkan Rakyat Malaysia Kini Terjawab!!!


3 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

cepatlah lagi step down tu pehin sri.

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Assalam semua. Sebenarnya dalam kepimpinan politik parti PBB untuk pengetahuan rakyat Malaysia, terbahagi kepada 2 kumpulan besar iaitu Team Datuk Patinggi Abg Johari Dan team Taib Mahmud. Apa yang saya perhatikan sekarang, Taib Mahmud was forget to groom his junior to take over kepimpinan dalam parti. Datuk Adenan pun kalah semasa pemilihan tertinggi PBB. Taib mahmud menggunakan kuasa sedia ada untuk mengekalkan pengaruh selain di bantu oleh keluarga beliaun sendiri terutamanya adik2 dan anak2. Untuk step down dari jawatan adalah sukar kerana semua hasil bumi di sarawak adalah milik beliau seperti arang batu, ladang2 kelapa sawit, projek2 besar seperti jalan pembaikan jalan raya, simen, batu dan besi da etc segala2 milik taib mahmud. sehinggakan beliau mampu untuk mewujudkan konsesi untuk membaiki jalan di sarawak dan di malaysia ini hanya sarawak yg mempunyai JKR yg diswastakan. hebat bukan. selain daripada itu beliau menggunakan pengaruh wang untuk segala ini. Pada pendapat saya DAtu Abang johari layak untuk menggantikan Taib mahmud kerana beliau seorang pemimpin yang berkaliber danbertanggunjwb dalam segala aspek pembangunan. Abg johari mendapat sokongan yang padu terutamanya daripada masyarakat iban di seluruh sarawak. Wahai rakyat sarawak, ayuh kita berubah demi jaminan masa depan kita semua. Sarawak memang sebuah negeri yang kaya namun siapakah yg mendapat hasil kekayaan tersebut???? adakan dengan mendapat upah rm18 seharibekerja mengait buah kelapa sawit mencukupi untuk pekerja yang berkerja di ladang2 kroni???? tidak perlu untuk mencangkan di dalam surat khabar mengatakan menjadi sebuah negeri yang terkaya di malaysia, walhal pada hakikatnya sarawak memang SUDAH kaya namun sayang 10000000 kali sayang, kroni yang makan. Ayuh kita menadah tangan kepadaNYA agar kita di Sarawak emndapat pemimpin yang lebih adil dan saksama kepada rakyat nya seperti Sultan Brunei mengasihi rakyatnya. amin.

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Dia calon Balingian . Cuba baca Balingian macam nie , pisahkan Balin dan Gian . Gian berkuasa makna takut hilang kuasa '

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih