Najib: Kemenangan BN Sarawak akan ‘diterjemah’ hadapi PRU-13
KUALA LUMPUR, 16 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi isyarat jelas – kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sarawak hari ini akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Kata Najib, kemenangan besar BN itu akan diterjemahkan pada pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Beliau juga berkata itu kemenangan BN itu membuktikan strategi Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan imej gabungan 13 parti komponen itu gagal.
“Momentum ini akan kita tingkatkan dan apa yang penting sokongan ini kita kekalkan supaya ia boleh diterjemahkan pada pilihan raya umum ke-13.
“Kemenangan ini menunjukkan apa yang diwar-warkan pembangkang sama ada melalui ceramah, media alternatif atau SMS (khidmat pesanan ringkas) dan apa sahaja cara lain serta untuk mencetuskan tsunami politik di Sarawak gagal.
“Masa depan rakyat lebih baik bersama BN dan pembangkang bukan alternatif terbaik jika berdasarkan keputusan yang dicapai BN,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Najib berkata, pilihan raya negeri Sarawak juga menjadi “medan ujian” bagi BN bagi membuat persediaan yang akan digunakan pada masa hadapan – dipercayai merujuk kepada pilihan raya umum ke-13.
“Kita lihat ia sebagai medan ujian untuk kita buat persediaan yang akan digunakan apabila tiba masa yang paling tepat.
“Faktor kepada kemenangan BN adalah kerana hubungan rapat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu kerajaan BN akan melaksanakan segala janji atau kata yang dibuat semasa tempoh kempen pilihan raya.
“Saya beri jaminan apa yang kita kata dan apa yang kita janji akan kita laksanakan supaya rakyat tidak perlu sangsi dan kita akan laksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.
BN secara rasmi telah memperoleh 52 kerusi DUN untuk meneruskan kerajaan negeri bumi Kenyalang manakala Pakatan Rakyat tiga belas.
BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 8.40 malam dan majoriti dua pertiga sejam kemudian.-TMI
0 Ulasan :
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih