DAULAT TUANKU.
Apakah patut kerana bola, Institusi Raja-Raja dihina sebegitu rupa. Ke mana hilangnya penghayatan terhadap salah satu daripada Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja & Negara, apakah yang mendorong penyokong bolasepak ini, untuk mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian.
Apa yang pasti, perkara ini ketika tidak lagi membabitkan pertelingkahan antara dua kumpulan penyokong bolasepak yang mana lazimnya popular dengan provokasi sebelum dan selepas permainan, mainan psikologi dan sebagainya. Ia bukan sahaja menghina Institusi Kesultanan, tetapi juga rakyat Kelantan secara umumnya, pada ketika sukan seharusnya dilihat sebagai wadah paling tepat mengeratkan perpaduan sesama rakyat.
Walhal bukan Melayu pun tahu menghormati adat dan Institusi Raja-Raja, tetapi sebagai seorang melayu, penghinaan sebegini melambangkan betapa rendahnya mentaliti dan akhlak anda. Jangankan Kelantan, penulis yakin rakyat mana-mana negeri sekalipun tidak dapat menerima penghinaan sebegini.
Suara Sukan tidak mahu mengapi-apikan perkara ini, namun ingin menasihatkan pencinta sukan, termasuk dari kalangan rakyat Kelantan sendiri, usah jadikan sukan sebagai platform untuk mencetus provokasi melampau, bergaduh, menghina sesama kita. Tidak salah memberi sokongan, tetapi biarlah secara bijak dan berhemah, biar apapun sebabnya. Jangan kerana mulut, badan binasa.
Terima kasih.
7 Ulasan :
Betul ke mamat tu penyokong Perak??
Gua rasa kan, mamat tu penyokong UMporNO...
@Tanpa Nama
rase memang betul... mamat ni penyokong kuat umno, tapi beliau sendiri pengaku penyokong perak... x stakat sultan Kelantan jer hina, malah bola sepak kelantan juga mereka hina.. berikutkan Kelantan kalah 4-o di tangan perak
btul2!!ape2 pn kita salahkan umno!
berani buat berani tanggung. tidak kira anda berada dlm parti mana sekalipun, ttp tindakan anda adalah teramat melampau. jadi, tentu anda kepanasan sekarang. anda akan popular tidak lama lagi. bersedialah masuk tv, paper dan internet.
fackRoL btoL la mamat uhh..bikini hangin ja..kaw ingat kaw uh da kompem masok surga ker !!
sdp2 jer dia hna sltn kta..jles la tu sbb kta ada sltan baik mcm nii..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih