Najib dan Mubarak: Persamaan yang ketara ~ Pro Pas Blog

10 Mac 2011

Home » , , , » Najib dan Mubarak: Persamaan yang ketara

Najib dan Mubarak: Persamaan yang ketara

Bookmark and Share



Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Najib dan Barisan Nasional ke atas Malaysia. Perdana Menteri Najib menggunakan cara-cara yang sama dengan Mubarak dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa BN ke atas negara kita.

Antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu sistem polis yang agam untuk menumpaskan pihak Pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan televisyen; tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik; keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan; pilihan raya yang tidak bebas ataupun adil. Seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP), Najib dan Barisan Nasional (BN) telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa.
Tetapi yang amat ketara, kedua-dua Mesir di bawah perintah Mubarak dan Malaysia di bawah Najib, dari masa ke semasa mengheret pesaing politik ke Mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka. Objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka. Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memedulikan kedaulatan undang-undang.

Dalam penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung keatas Ketua Pembangkang nasional Anwar Ibrahim, Najib dengan ketara mencerminkan Mesir semasa di bawah Mubarak. Serangan mempergunakan sistem kehakiman ke atas Anwar yang ingin membawa perubahan dimulakan oleh pemerintah kuku besi Mahathir Mohamad dalam tahun 1998. Mahathir telah baru-baru ini menerbit sejilid memoirnya yang menipu dan tidak wajar bagi seorang bekas Perdana Menteri. Lebih satu dekad kemudian, Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja.

Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad (Parti Esok). Ayman Nour adalah seorang pemimpin pembangkang yang utama dan merupakan pesaing Mubarak dalam pilihanraya Presiden tahun 2005. Berikutan suatu perbicaraan yang rata-rata dikecam dan farsa, Ayman Nour dipenjarakan selama lima tahun dengan kerja berat. Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara.

Rakyat Malaysia, bersama dengan dunia, berasa girang melihat melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir. Sekarang, kita mengalukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas Barisan Nasional dan pemimpinnya Najib Razak. Pemerintahan Barisan Nasional yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir. Untuk kebaikan negara, Barisan Nasional perlu disingkirkan. 

*Kenyataan media oleh N. Surendran (gambar kiri) selaku Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat.

merdekareview.com


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih