lagi fitnah berat keatas Anwar Ibrahim ~ Pro Pas Blog

21 Mac 2011

Home » , , , » lagi fitnah berat keatas Anwar Ibrahim

lagi fitnah berat keatas Anwar Ibrahim

Bookmark and Share

Klip video seks sasarkan Anwar



Satu klip video yang merakamkan aksi seks telah ditayangkan oleh sekumpulan orang yang menggelar diri "insider" kepada media, menyasarkan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim sebagai watak utama dalamnya.

Klip video 30 minit ini ditayangkan untuk tontonan media, di Seri Carcosa Negara, pagi ini. Dalam kenyataan media berjudul "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang dikeluarkan oleh "insider", mereka mendakwa klip ini dirakamkan pada 21 Februari 2011, di sebuah hotel. Aksi seks dengan wataknya disyaki Anwar Ibrahim bersama seorang gadis telah dirakam melalui empat kamera (cctv).

Dalam kenyataan yang sama, "insider" berkata pihaknya mahu media menonton klip video ini terlebih dahulu sebelum klip video ini dikirim kepada Anwar Ibrahim dan dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengenalpasti identiti watak dalam video tersebut.

Menurut wartawan yang telah menonton klip tersebut, wajah watak utama dalam klip menyerupai Anwar.

Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari PKR melalui twittermendakwa bahawa klip video tersebut adalah palsu, diedit untuk memalit Ketua Pembangkang. Malah, ia disifatkan sebagai langkah terdesak oleh Barisan Nasional untuk memusnahkan Anwar dan Pakatan Rakyat, menggunakan klip video yang palsu.

www.merdekareview.com


2 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

najib n rosmah manusia munafik!!!!!!!!!

tak suka bergaduh berkata... [Balas]

semoga orang melayu ini suatu masa akan berdamai, berbaik-baik dan meninggalkan semua jenis persengketaan kerana semua yang berlaku adalah hasutan syaitan semata. Bagi saya yang lemah ini, kalaupun anwar memang ada melakukan kesilapan, tak usahlah menayangkan kepada umum. kita umat islam dituntut untuk saling tutup menutupi aib saudara sesama islam bukannya menelanjangkan aib orang lain kerana Tuhan saja yang lebih layak untuk menghakimi orang lain. Apapun motif di sebalik semua ini, samada bermotif atau pun hakikat sebenar, biarlah si pesalah menanggung sendiri. mencanangkan kesalahan sesama saudara islam hanya memberi ruang kepada orang lain menghina orang islam, seolah-olah begitulah akhlak orang islam yang lain. thanx.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih