Kenyataan Media Dari Bik Mama ~ Pro Pas Blog

06 Mac 2011

Home » , , , » Kenyataan Media Dari Bik Mama

Kenyataan Media Dari Bik Mama

Bookmark and Share

KENYATAAN MEDIA
BAHAGIAN FLOM
PEJABAT PERDANA PERDANA MENTERI
4 MAC 2011

Dalam semangat kebebasan media yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), tiba-tiba saya terus menjadi mangsa kezaliman media dunia. Pada 4 Mac 2011, laman Facebook (FB) rasmi saya sekali lagi telah dihapuskan oleh pengurusan FB.

Seperti yang saya tegaskan sebelumnya, laman ini bukanlah laman propaganda sepertimana yang difitnah oleh pihak pembangkang. Sebaliknya laman FB tersebut adalah untuk memudahkan saya menyelami hati nurani hamba rakyat 1Malaysia ini.

Tetapi perkembangan terbaru ini sangat mengecewakan saya. Pihak pengurusan FB sepatutnya berkecuali serta mestilah menyiasat betul-betul dahulu sebelum menghapuskan laman FB saya tersebut. Jika beginilah amalan Pengurusan FB, yang kononnya menjadi agen perubahan untuk Revolusi Mesir, maka saya tidak hairan jika suatu hari nanti dunia akan jatuh ke dalam kancah yang tidak stabil.

Jika itu berlaku, maka pihak FB mesti bertanggungjawab! Sementara saya tidak bertanggungjawab sekiranya ada di kalangan penyokong fanatik saya yang melakukan tindakan yang tidak mampu saya kendalikan gara-gara ketidakadilan yang telah saya terima.

Di samping itu, dari maklumat Majlis Keselamatan Negara, saya dilaporkan bahawa wujudnya konspirasi FB dengan pihak pembangkang di Malaysia. Saya percaya konspirasi ini turut didalangi oleh Yahudi, yang mahu mengekang kebangkitan Negara Islam Malaysia yang diterajui BN, yang kini kian mantap di bawah kepimpinan isteri saya iaitu YAB Dato’ Sri Mohd Najib Razak.

Dengan slogan hamba rakyat didahulukan, prestasi diutamakan, maka saya melihat pihak pembangkang sekarang amat terdesak sehingga mahu menggunakan bantuan asing demi merampas Putrajaya yang sejak azali dimiliki BN dan akan terus kekal menjadi milik BN.

Untuk pengurusan FB pula, anda telah melakukan kesilapan sangat besar jika menganggap konspirasi anda bersama pakatan pembangkang ini dapat melunturkan jiwa kental saya. Malah insiden ini sebenarnya semakin membulatkan lagi tekad saya untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh lapisan hamba rakyat 1Malaysia agar terus bersama-sama BN untuk menyelamatkan Malaysia dari genggaman Yahudi yang menaja pihak pembangkang ini!

Bahkan, marilah juga kita buktikannya dengan menolak calon pembangkang pada Pilihanraya Kecil di Kerdau dan Merlimau yang menjelang tiba. Pembangkang sebagai musuh negara tidak boleh sama sekali mendapat tempat di negara ini.

BIK MAMA
Suami kepada Perdana Menteri Malaysia
Bahagian FLOM
Pejabat Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Tel: 03-8888 8037
bikmama@pmo.gov.my

Page fb baru Bik Mama


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih