Guru dituduh cabul 11 pelajar ~ Pro Pas Blog

05 Mac 2011

Home » , » Guru dituduh cabul 11 pelajar

Guru dituduh cabul 11 pelajar

Bookmark and Share

AMPANG - Seorang ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam kerana didakwa mencabul 11 pelajar perempuan berusia di antara 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 49, yang menghadapi 11 tuduhan cabul bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd. Rahman.

Tertuduh dari Pulau Pinang yang telah berkhidmat selama 23 tahun sebagai guru itu, didakwa mencabul kehormatan semua mangsa tersebut di dalam bilik guru disiplin di sekolah berkenaan di antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi, 25 Februari lalu.


1 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

Mungkin guru tersebut memang bersalah atau tidak bersalah. Masalahnya dia telah dihukum terlebih dahulu dengan memaparkan beritanya dalam akhbar sedangkan mahkamah belum membuktikan dia bersalah. Apapun pihak luar terutama kementerian pendidikan harus mengambil langkah pro aktif mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku lagi. Apa yang saya tahu guru disiplin terpaksa menjalankan tugas yang sangat mencabar . Tiada elaun khas atau keistimewaan.Jika berlaku apa-apa mereka terpaksa tanggung sendiri walaupun niat mereka murni. Guru perempuan kebiasaannya walaupun telah dilantik menjadi guru disiplin kurang melibatkan diri dalam kes disiplin pelajar kerana takut dengan ancaman pelajar sekarang ataupun tidak mahu mengambil risiko dikomplen oleh penjag. Maka mahu tidak mahu guru disiplin lelaki terpaksa ambil peranan. Kasihan mereka. Sudahlah buat kerja berisiko. Langsung tidak dibela. Mereka hanyalah guru biasa tanpa pangkat dan jawatan berbanding menjadi pengetua atau GPK yang mendapat elaun tetapi tugasnya tidak berisiko.fikirkanlah wahai semuaa

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih