Perlawanan mendebarkan Kelantan VS T-Team ~ Pro Pas Blog

19 Februari 2011

Home » , » Perlawanan mendebarkan Kelantan VS T-Team

Perlawanan mendebarkan Kelantan VS T-Team

Bookmark and Share

PIALA FA 2011 PUSINGAN PERTAMA – KELANTAN KETEPIKAN T TEAM



Juara Piala Malaysia 2010 dan Juara Piala Sumbangsih 2011, Kelantan FA berjaya mengenepikan cabaran t team dalam perlawanan mendebarkan yang menyaksikan Kelantan menang menerusi penentuan penalti 6-5.

Pada separuh masa pertama t-team begitu garang menyerang pasukan “the red warriors” di ketuai oleh 3 pemain bintang mereka iaitu Indra Putra, Norfarhan dan Azizi matt rose.

Asakan bertubi tubi pasukan t team terhadap gawang gol khairul fahmi che mat menemui jalan buntu dan pengadil perlawanan menamatkan separuh masa pertama perlawanan.

Bermula separuh masa kedua, perlawanan seimbang menyaksikan kedua dua pasukan hebat menyerang namun Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Rizal Fahmi Rosid minit ke 52 hasil dari sepakan penjuru Nurul Azwan Roya untuk menggembirakan lebih 5 ribu penyokong kelantan.

Namun kegembiraan penyokong kelantan terhenti seketika apabila t-team menyamakan kedudukan hasil sepakan deras dari bekas kapten pasukan kelantan iaitu Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 61.

Pada minit ke 90″, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti apabila shahrul idlan talaha dijatuhkan oleh indra putra mahyudin namun sepakan penalti yang di ambil oleh “mat yo” tersasar melepasi gawang gol t-team.

Keputusan satu sama memaksa pengadil perlawanan melanjutkan kepada masa tambahan namun 30 minit masa tambahan yang diberikan juga gagal menemui gawang gol oleh kedua dua pasukan.

tamat 30 minit masa tambahan, perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Kelantan GAH ke pusingan kedua Piala FA 2011 dengan kemenangan 6-5.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih