Cabaran Hipokrit Mohd Noor Deris terhadap Nik Aziz ~ Pro Pas Blog

19 Februari 2011

Home » , , , » Cabaran Hipokrit Mohd Noor Deris terhadap Nik Aziz

Cabaran Hipokrit Mohd Noor Deris terhadap Nik Aziz

Bookmark and Share


Prof Madya Mohd Noor Deris adalah makhluk kurang ajar yang tanpa segan dan malu sanggup memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz di rumah bekas ADUN Galas yang meninggal dunia pada 30 Oktober 2010 di Kelantan.

Beliau juga pada bulan Februari 2011, setelah Nik Aziz bersetuju berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, tiba-tiba menawarkan diri untuk berdebat dengan Nik Aziz untuk menunjukkan kehebatan diri beliau yang melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Biro Agama Ulama' Veteran UMNO. Sesuatu yang pelik kerana jawatan itu tidak pernah dicipta sebelum ini.

Namun jawatan itu 'secara rasmi' kini wujud kerana ia dikatakan membantu dalam usaha sia-sia UMNO menawan Kelantan.

Beliau bersungguh-sungguh berhajat untuk menunjukka betapa jeleknya Islam yang dipegang PAS dan betapa syumulnya Islam UMNO. Mereka selama ini menuduh kewujudan 'Islam' PAS dan 'Islam UMNO' cuba untuk mengatakan bahawa Islam UMNO sahajalah yang benar.

Hakikat ini memang pelik kerana lihat sahaja Rosmah Mansor dan Puteri UMNO dalam gambar diatas yang menghina Islam sehingga begitu sekali!

Belum lagi disiarkan gambar-gambar lain pimpinan UMNO dengan arak dan penglibatan tokoh UMNO dengan judi dan berpeleseran dengan GRO di kelab-kelab malam.

Amat pelik apabila maksiat 'dapat dikesan' di Kelantan dan kerajaan negeri terus dilabel sebagai penggalak maksiat. Maka sekiranya logik tersebut diambil kira untuk membahas tindakan UMNO, maka kita boleh mengatakan yang berikut:

1. Islam UMNO membenarkan menjudi (pemberian lesen judi di Genting);
2. Islam UMNO membenarkan arak (pembukaan kilang Guinness oleh Tun Razak);
3. Islam UMNO membenci Syari'ah (bantahan hudud, penggunaan undang-undang sivil dan skop mahkamah Syari'ah yang hina);
4. Islam UMNO membenarkan membuka aurat (Kak Ros dan Puteri UMNO);

Dan lain-lain lagi contoh yang berpandukan bukti dan logik pelik ustaz yang pelik.

Fahaman Islam UMNO yang senget ini lebih merbahaya dan mengancam daripada ancaman lain. termasuk ancaman 'pluralisme Islam' yang kononnya wujud dan disebut semula oleh al-fadhil Najib Razak yang sangat dalam pengetahuannya dalam ilmu Islam.

Hairan mengapa didalam ratusan atau ribuan ulama' dan pemikir Islam yang mengelilingi PM tersebut TIDAK ADA SEORANG PUN yang berani mengeluarkan nasihat terhadap masalah aurat yang tidak dipandang langsung oleh Rosmah? bukankah jihad yang paling afdal ialah 'Kalimatu Haqqin 'inda Sultan Ja'ir?'

Apakah Menteri Agama Khir begitu lantang dalam membicarakan Islam namun kelu dan gugup apabila mahu menasihati pimpinan sendiri? dimana Ulama Muda UMNO? adakah Ulama UMNO telah kenyang setelah diberi jawatan berhabuan tinggi? apakah ini 'Islam UMNO'?

Masih lagi tiada teguran terhadap fenomena penghinaan Al-Qur'an seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas, dan jika inilah yang dikatakan Islam oleh UMNO maka saya katakan kepada anda - Katakan TIDAK kepada UMNO!- TKO


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih