Dun Tenang: Chua Soi Lek terus main sentimen agama ~ Pro Pas Blog

25 Januari 2011

Home » , , , » Dun Tenang: Chua Soi Lek terus main sentimen agama

Dun Tenang: Chua Soi Lek terus main sentimen agama

Bookmark and Share

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau akan terus menimbulkan agenda negara Islam PAS sebagai satu isu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang memandangkan ia merupakan tugasnya sebagai presiden parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas arahan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Chua berhenti daripada mengkritik tindakan calon PAS Normala Sudirman yang enggan berjabat tangan dengan orang bukan muhrim.

Chua berkata Muhyiddin sepatutnya memberitahu demikian kepadanya melalui saluran dalaman parti.

Media tidak perlu memberitahu perkara itu kepadanya, kata Chua lagi dalam satu sidang media lewat petang semalam.

Tambahnya, isu negara Islam yang diperkatakan itu bukanlah satu isu baru atau direka-reka oleh MCA.

Chua menjelaskan, ia berdasarkan perlembagaan PAS yang jelas ingin menubuhkan satu negara Islam dan beliau bertanggungjawab menjelaskan agenda sebenar parti Islam itu kepada masyarakat Cina.

Chua dan ketua pergerakan wanita Gerakan Tan Lian Hoe sebelum ini mencemuh tindakan Normala yang enggan berjabat tangan dengan bukan muhrim.

Tindakan Normala itu disifatkan sebagai satu langkah ke arah pemerintahan negara berasaskan Islam.

Ia juga menerima cemuhan daripada naib presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang antara lainnya berkata langkah yang diambil Normala itu mencerminkan ideologi konservatif PAS.

Bagaimanapun, Muhyiddin mahu isu berkenaan tidak diperpanjangkan lagi kerana BN tidak sepatutnya mengeksploitasi tindakan Normala itu._ Malaysiakini


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih