Video: Suasana Panas di tempat menggundi ~ Pro Pas Blog

04 November 2010

Home » , » Video: Suasana Panas di tempat menggundi

Video: Suasana Panas di tempat menggundi

Bookmark and Share

Gelagat perayu undi umno-BN yang kena marah oleh penyokong PAS akibat kedegilan memasuki kawasa pengundian di Sek.Keb.Tg.muhammad Fakhry,Sungai Terah





Berita Lain

Bukti SPR berat sebelah

SPR: Kemeja-T 2Malaysia pun boleh-Malaysiakini


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

"Boleh, OK, kita hanya haramkan logo parti politik, kamu nak tulis 2Malaysia juga boleh," kata Wan Ahmad kepada Malaysiakini ketika melawat SRJK(C) Gua Musang.

Beliau mengulas desas desus bahawa sesiapa yang memakai kemeja-t sewaktu mengundi akan mendapat RM100 sebagai "ganjaran".

Memberitahu beliau tidak mendapat sebarang aduan setakat ini, Wan Ahmad mencabar "pembawa cerita" itu membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat, tolong laporkan pada pihak polis. Kita dengar banyak cerita hari ini tetapi tidak menerima sebarang laporan," kata Wan Ahmad.

Ditanya tentang pemantauannya sekitar tempat pengundian hari ini, beliau berkata perjalanan dalam pusat pengundian berjalan lancar, tetapi terdapat beberapa masalah di luar tempat itu.

Katanya, terlalu banyak orang luar datang ke Galas, sekali gus mencetuskan ketegangan apabila kedua-dua penyokong parti bertanding saling memprovokasi pihak lain.

"Bila kami provokasi, pihak satu lagi akan naik angin," katanya sambil berkata setakat ini tiada pergaduhan di Batu Papan kerana pihak polis menghalangnya dari masa ke semasa. 


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih