Video: Soalan bernas Tuan Guru Hj Abdul Hadi kepada wartawan ~ Pro Pas Blog

14 November 2010

Home » , , » Video: Soalan bernas Tuan Guru Hj Abdul Hadi kepada wartawan

Video: Soalan bernas Tuan Guru Hj Abdul Hadi kepada wartawan

Bookmark and Share

Pesanan Tuan Guru Presiden YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang kepada wartawan supaya jangan meniru perangai UMNO yang menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam, UMNO menunjukkan satu model Islam yang salah kepada orang bukan Islam.




Berita Berkaitan


Media: Muslimat PAS sokong MB Kedah
KUALA LUMPUR, 13 Nov: Dewan Muslimat PAS Pusat menyokong tindakan tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak membenarkan media arus perdana milik Umno membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali ini. 

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, ini ekoran tindakan media Umno yang mempolitikkan isu banjir besar di utara terutama di Kedah yang sangat dikesalkan. 

“Ianya menggambarkan satu tindakan yang tidak prihatin dan tidak menghormati hak rakyat Kedah memilih kerajaan negeri yang mereka sokong,” ujarnya. 

Beliau juga kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung kejadian banjir itu. 

Katanya, mereka sepatutnya mendapatkan maklumat yang sahih dari Bilik Gerakak Banjir negeri yang mengurus dan menyelia urusan bantuan banjir. 

Tambahnya, kenyataan yang dipolitikkan oleh pemimpin Umno itu ini telah menyerlahkan wajah sebenar mereka yang berniat jahat dan tidak adil. 

“Saya menyeru agar pendokong dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memboikot semua media arus perdana milik Umno agar ia menjadi suatu pengajaran kepada mereka supaya bertindak adil dan saksama kepada rakyat,” ujarnya.- Harakah



0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih