Video: Pas kemukakan bantahan terhadap SPR ~ Pro Pas Blog

03 November 2010

Home » , , » Video: Pas kemukakan bantahan terhadap SPR

Video: Pas kemukakan bantahan terhadap SPR

Bookmark and Share







Berita Berkaitan 

SPR jangan jadi abdi Umno BN



KUALA LUMPUR, 3 Nov: “PAS ingin ingatkan beberapa pegawai SPR jangan halang kebangkitan rakyat, bebaskan diri SPR daripada menjadi abdi kepada Umno BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, tegasnya PAS memandang berat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas menjadi papet Umno apabila 18,493 orang hilang layak undi awam dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Beliau berkata, lebih mencurigakan jumlah tiga negeri paling ramai pengundi ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). 

Kastanya, dua negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN.

Baginya, tindakan itu jelas SPR mahu melaksanakan cita-cita Datuk Seri Najib Razak yang akan mempertahankan kerajaan Umno walaupun dengan apa cara sekalipun.

Ini, katanya seperti ucapan Najib di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang menyebut "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!". 

Justeru, ujarnya SPR perlu menjadi bapa dan pemudah cara untuk melicin proses demokrasi dan jangan menjadi pengadil yang berat sebelah dan memayahkan rakyat dan parti-parti politik yang bertanding.

SPR, tambahnya jangan membantu untuk ubah tiang gol setiap kali pasukan BN hendak kalah.

“Bertugaslah secara profesional, kerana kerajaan BN boleh bertukar bila-bila masa kepada PR, insya Allah,” katanya lagi.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih