Video: Gambaran Gunung Merapi di Jawa secara dekat ~ Pro Pas Blog

09 November 2010

Home » , , » Video: Gambaran Gunung Merapi di Jawa secara dekat

Video: Gambaran Gunung Merapi di Jawa secara dekat

Bookmark and Share






Berita Berkaitan

Pelajar Malaysia berpindah elak letusan Gunung Merapi


KUALA LUMPUR: Tiga puluh empat daripada 400 pelajar Malaysia yang berada di Secang, Mangelang, Indonesia iaitu kira-kira 40 kilometer daripada lokasi Gunung Merapi, yang dikatakan akan meletus bila-bila masa sudah dipindahkan ke Wisma Kem Tentera di Solo, petang semalam. 

Timbalan Pengerusi Tetap Pusat Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia, Dr Mohd Nazaruddin Mat Nazir, berkata semua mereka terbabit pelajar institut agama dan pemindahan dibuat selepas pihaknya dimaklumkan institut mereka ditutup semen-tara waktu berikutan kebimbangan gunung berapi itu akan meletup.
“Pemindahan pelajar Malaysia dilakukan berikutan peningkatan status amaran oleh pihak berkuasa Indonesia ke tahap awas, iaitu status amaran tertinggi yang menghendaki penduduk di sekitar kaki gunung berapi paling aktif di dunia itu, berpindah ke kawasan selamat.
“Sehingga jam 3 petang hari ini (semalam), kita sudah memindahkan 34 pelajar institut agama, manakala pelajar Malaysia lain di Jogyakarta diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan menunggu maklum balas daripada pihak universiti sebelum dipindah,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Mohd Nazaruddin berkata, buat masa ini proses pembelajaran di universiti itu berjalan seperti biasa dan sekiranya pengurusannya mengeluarkan arahan penutupan, pihaknya akan memindahkan semua pelajar ke tiga lokasi yang disediakan di Solo. 

Pakar gunung berapi menjangka letusan Gunung Merapi kali ini akan lebih besar daripada yang terakhir berlaku pada 2006. 

Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) Yogyakarta menjangkakan asap dan debu daripada letusan gunung berapi itu akan bergerak ke arah selatan di mana ia berada di luar kawasan penempatan pelajar Malaysia. 
Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan bencana itu dianggar 40,000 orang, membabitkan daerah Sleman, Klaten, Magelang dan Boyolali (Jawa Tengah).


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih